RENCANA
Selangor Garang
Persiapan Selangor untuk mengharungi Liga Super musim 2020 ini nampak baik apabila berjaya memberikan aksi yang matap pada perlawanan pertama Piala Cabaran Asia setelah menewaskan Persip Bandung (3-0).
Dengan penguasaan permainan yang baik dengan hantaran-hatanran pendek dan pertukaran posisi diantara pemain tengah dan penyerang nampak konsisten. Ini mengambarkan bahawa Selangor telah bersedia untuk menjadi pencabar merebut kejuaraan Liga Super musim ini.
Gandingan yang baik dibahagian tengah Selangor nampak memberi nafas baru apabila gandingan Abdul Halim Saari dan Branden Gan mampu memberi tekanan kepada lawan apabila setiap hantaran dan larian kehadapan dilakukan kedua-dua pemain ini mampu memberi tekanan pada lawan. Ini juga memudahkan tugasan bahagian sayap dan penyerang yang diketuai oleh Ifedayo Omosuyi.
Iklan
Kehadiran Wan Zack Haikal semula dalam kesebelasan utama semalam setelah mengalami kecederaan lutut yang panjang membawa sinar kepada skuad Selangor apabila beliau berjaya memberi persembahan yang baik. Kelincahan dengan larian-larian bijak serta gelecekan yang mampu memberi tekanan kepada lawan itu mengembirakan B. Sathianathan.
Namun begitu masih ada yang perlu dibaiki oleh pemain Selangor sebagaimana yang dinyatakan Sathia ketika sidang media, dimana dia inginkan anak-anak didiknya perkemaskan setiap hantaran lebih kualiti dan kelajuan serta ketepatan hantaran selain menggekalkan bentuk segi empat untuk melancarkan serangan dan bertahan bagi perlawanan ke 2 malam ini sebelum bermulanya saingan Liga Super 2020 hujung bulan hadapan.
Must-Watch Video