West Bromwich Albion (WBA) terpaksa menerima hakikat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tersingkir ke Liga Kejuaraan pada musim depan susulan kemenangan 1-0 yang diraih Southampton ke atas Swansea City pada awal pagi Rabu.
Walaupun West Brom mengharungi lima perlawanan terakhir tanpa sebarang kekalahan (tiga menang dan dua seri) sejak dibimbing jurulatih sementara, Darren Moore, sehingga membolehkan pengendali berusia 44 tahun itu meraih anugerah Pengurus Terbaik Bulan April, mereka tetap gagal mengekalkan diri di pentas tertinggi bola sepak England.
Di sebalik kekalahan itu, wujud beberapa nama dalam skuad The Baggies yang pasti mula diintai oleh pasukan lain susulan persembahan individu yang menarik untuk memperkuatkan cabaran mereka pada musim depan.
Johnny Evans
Bekas benteng Manchester United ini menarik perhatian Manchester City dan Arsenal setelah mempamerkan kredibilitinya mengetuai barisan pertahanan The Throstles. Mencatat 80 peratus kadar ketepatan hantaran, pengalaman pemain berusia 30 tahun ini sudah tentu ditagih, terutamanya pasukan dari kelompok pertengahan.

Ahmed Hegazy
Pemain berketinggian 193 sentimeter ini berusia 27 tahun, umur yang ideal buat seorang pemain pertahanan untuk memasuki permulaan fasa matang di atas padang. Dia juga dilihat berkebolehan mengawal bola dengan baik. Salah seorang calon untuk dikejar kelab-kelab pertengahan EPL.
Jake Livermore
Pemain tengah skuad kebangsaan England ini mempamerkan peningkatan dalam musim ini sehingga menarik perhatian pengurus The Three Lions, Gareth Southgate. Muncul selaku antara nadi utama West Brom, khidmat Livermore bakal menjadi rebutan pasukan yang masih berada di EPL.

Salomon Rondon
Rondon mengutip 24 gol dalam tiga musim berada di The Hawthorns. Penyerang dari Venezuela yang pernah berkelana di Russia bersama Zenit ini membuktikan ketajamannya apabila mengesahkan status selaku penyerang utama mengatasi Hal-Robson Kanu, Daniel Sturridge dan Jay Rodriguez. Satu pilihan terbaik untuk pesaing di EPL.
Jay Rodriguez
Sehingga 9 Mei 2018, bekas penggempur Southampton ini telah menjaringkan tujuh gol hasil daripada 30 perlawanan. Apa yang menarik, kesemua gol itu dijaringkan dari dalam kotak penalti, menjadikannya satu pertaruhan yang boleh diharapkan buat beberapa pasukan pertengahan seperti Huddersfield Town, Burnley dan Watford.