Minggu ini, isu penyelenggaraan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang menjadi tajuk utama beberapa media arus perdana tempatan selepas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melakukan tinjauan mengejut ke akademi tersebut.
Memang ia mengejutkan apabila AMD yang dicanang sebagai akademi yang bakal menghasilkan produk bakat muda terbaik bola sepak negara tidak diselenggara dengan baik.
Di sini, penulis enggan menytakan sokongan kepada mana-mana pihak, Syed Saddiq hanya melaksanakan tugasnya dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut tampil menjelaskan masalah di AMD dan turut sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Apa yang penting di sini pad pengamatan penulis, Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) perlu diteruskan dan untuk ia diteruskan, AMD perlu diselenggara dengan baik.
Benar, jika terdapat ketirisan dalam pelaksanaan NFDP serta penyelenggaraan AMD tindakan undag-undang perlu diambil kepada mereka yang terbukti bersalah.
Namun, jangan sampai program NFDP terjejas, tertangguh dan paling merisaukan sekiranya program tersebut terus berkubur dan tidak diteruskan.
Di sini penulis berharap KBS pimpinan Syed Saddiq akan segera mencapai kata putus berhubung NFDP, kedudukan Lim Teong Kim di akademi tersebut dan paling utama adalah penyelenggaraan AMD.
Kita sudah gagal dalam misi melayakan diri ke Piala Dunia Bawah 17 Tahun 2019 namun, ia tidak bererti pemain-pemain dalam skuad itu terus dilupakan kerana perlu diingat mereka masih belasan tahun.
Mereka masih mempunyai waktu untuk dibentuk menjadi pemain lebih matang pada masa depan dan kerana itu KBS juga perlu segera menentukan apakah perancangan buat pemain-pemain tersebut.
Skuad Bawah 16 tahun negara pada 2014 turut gagal ke Piala Dunia Bawah 17 Tahun 2015 namun, beberapa pemain dalam skuad itu kini sudah bergelar pemain kebangsaan seperti M Kogileswaran dan juga Haziq Nazli.
Selain menentukan program buat pemain-pemain dalam skuad Bawah 16 Tahun selepas ini, KBS atau Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) jika mereka menyelia NFDP selepas ini perlu segera menentukan apakah sasaran seterusnya buat program tersebut.
Gagal sekali tidak bererti gagal selamannya dan kita tidak tahu mugkin generasi kedua graduan NFDP adalah generasi pemain yang lebih berbakat dan baik daripada generasi pemain yang bersaing di saingan AFC Bawah 16 Tahun baru-baru ini.