Skip to main content

Rencana

Saya pilih Bukit Jalil!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

stadium-bukit-jalil.jpg
Peminat bola sepak Malaysia-Indonesia hangat berdebat di media sosial selepas Gelora Bung Karno dipilih stadium pilihan Asia Tenggara.

Undian secara atas talian dijalankan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menyaksikan Stadium Gelora Bung Karno mengumpul 58 peratus undian, Stadium Nasional Bukit Jalil (19 peratus) sementara Stadium Australia (11 peratus).

Maka perang siber bermula apabila ada pihak tidak berpuas hati dengan pemilihan Stadium Gelora Bung Karno.

"Suasana stadium sangat hebat tapi kurang rasa hormat daripada sekumpulan kecil penyokong hooligans," kata seorang penyokong, Daniel Iman Sufiyan.

"Stadium yang cantik. Penghormatan dari Thailand, Japan," kata Messi Can.

"Venue bersejarah, yang pertama memiliki 100 ribu tempat duduk di Asia. Pernah menganjurkan kejohanan besar AFC seperti B-16, B-19, senior dan sedia untuk
FIFA B-20, tahun depan. Untuk peminat Malaysia, maaf layanan buruk di GBK. Sempena Ramadan, kita berdamai saja," kata Nana Hariana.

Banyak komen lebih panas tetapi saya perlu menghormati semangat kesukanan.

Bola sepak, dalam apa jua perdebatan membabitkan Indonesia-Malaysia memang sentiasa panas sejak pertembungan sulung kedua-dua pasukan pada 7 September 1957.

Malaysia menang, 4-2.

Emosi diheret hingga pemilihan stadium pilihan Asia Tenggara juga menjadi satu isu.

Peminat pasti mempunyai sentimen kenegaraan untuk menyokong stadium mereka melainkan anda seorang neutral.

"Bukit Jalil, bermula dari reka bentuk, kemudahan, disiplin penyokong lebih baik. Tidak mungkin Gelora Bung Karno yang terbaik di Asia Tenggara".

"Saya pernah berada di kedua-dua venue sama ada sebagai penonton atau di atas padang. Saya pilih Bukit Jalil," kata bekas pemain tengah Singapura, Abbas Saad.

Keputusan undian AFC pasti mengheret emosi penyokong untuk tempoh beberapa bulan, mungkin bertahun.

Realitinya, kerana emosi inilah menjadikan bola sepak sukan nombor satu dunia.

Advertisement

Must Watch Video