Pentasnya adalah gelanggang tengah All England Club, London. Acaranya ialah final perseorangan lelaki Wimbledon 2001 di mana satu kisah dongeng tercipta.

Bob dan Diana (tengah) bersama potret mendiang anak kesayangan mereka, Peter.
Belum pernah dalam sejarahnya seorang peserta ‘wild card’ mara ke perlawanan akhir sehinggalah Goran Ivanisevic merintisnya.
Berdepan lawan dari Australia, Pat Rafter, pemain veteran Croatia itu yang tewas tiga final Wimbledon pada 1992, 1994 dan 1998, berura-ura mahu mengubah takdir.
Empat ‘match point’ ada di dalam tangannya – termasuk dua kali dia melakukan ‘double fault – hinggalah kemenangan 7-5, 6-7, 0-6, 7-6, 6-3 menjadi miliknya untuk satu kejayaan sensasi.
Dipercepatkan waktu ke gelanggang tengah Arena Rod Laver, Melbourne Park, Ahad lalu, satu lagi sandiwara indah terlakar apabila Roger Federer kembali dari rehat enam bulan bagi merawat kecederaan lutut, untuk menyambar kejuaraan Grand Slam peribadinya yang ke-18 dengan memangsakan lawan yang lima tahun lebih muda, Rafael Nadal, 6-4, 3-6, 6-1, 3-6, 6-3.
Pada usia 35 tahun dan dengan kejuaraan utama terakhirnya sudah lima tahun berselang sejak Wimbledon 2012, kejayaan terbaru Federer ini harus tercatat sebagai sama sensasinya dengan Ivanisevic sebagai yang terhebat sepanjang zaman.
Turut sama meraikan kemenangan Federer di tempat duduk khas penonton selain isterinya, Mirka, serta pasukan kejurulatihannya yang diketuai Ivan Ljubicic dari Croatia, ialah satu pasangan tua – dan mereka bukan pun ibu-bapa Roger.
Menurut laman sesawang www.sportskeeda.com, ada kisah yang meruntun hati di sebalik kehadiran setiap kali Terbuka Australia berlangsung buat Bob and Diana Carter – ibu bapa kepada Peter, jurulatih antarabangsa pertama untuk Federer.
Dikisahkan Federer baru berusia sembilan tahun apabila Carter mengambilnya sebagai pemain asuhannya di Kelab Tenis Old Boys di Basel, Switzerland.
Pada 2002, Carter yang ketika itu berusia 37 tahun, terbunuh dalam satu nahas jalan raya ketika sedang bercuti bersama isterinya di Taman Negara Kruger di Johannesberg, Afrika Selatan.
Federer yang sedang bermain dalam satu kejohanan di Kanada pda waktu itu, dikhabarkan meraung di jalanan di Toronto sebagai meratapi pemergian jurulatihnya.
Tambahan pula, Carterlah yang telah mengenal pasti bakat besar Federer pada usia muda dan bersungguh-sungguh mahu membentuknya menjadi yang terbaik.
Setiap tahun sejak 2005, pasukan pengurusan Federer akan menghantar jemputan berbayar sepenuhnya – tiket penerbangan kelas pertama, tempahan di hotel yang sama dengan Roger dan ruang tempat duduk khas di Melbourne Park – buat Bob dan Diana yang menetap di Adelaide.
Mereka akan sentiasa duduk di ruang khas buat pasukan Federer di Arena Rod Laver, memberi sokongan kepada Roger, seolah-olah dia adalah anak pasangan itu sendiri. Kedua-duanya melihat mendiang anak mereka, Peter, dalam diri Federer.
Pada masa yang sama, Federer sendiri tidak pernah lupa peranan keluarga Carter dalam karier tenisnya, termasuk mendedikasikan kejuaraan Grand Slam terbaru dan terbanyaknya ini – empat mengatasi Pete Sampras dan Nadal, masing-masing dengan 14 – kepada bekas jurulatih yang membentuknya menjadi sang juara hari ini.
“Saya telah ke sini untuk hampir 20 tahun kini,” kata Federer. “Saya sentiasa menikmati detik-detik di sini, begitu juga keluarga saya.
“Terima kasih di atas segala-galanya. Saya harap untuk bertemu anda lagi tahun depan. Jika tidak pun, ini adalah satu rentetan menakjubkan di sini dan saya tidak mungkin lebih gembira untuk memenanginya.”
Bob dan Diana harus mengenali Federer sebagai juara yang berjiwa besar. Dan mereka pasti akan menanti kedatangannya lagi pada Januari 2018.