Malaysia tampak mempunyai permata baru badminton negara bernama S. Kisona, yang melengkapkan cerita fantasi penuh bergaya dengan meraih pingat emas perseorangan wanita Sukan SEA 2019 di Filipina. Siapa sangka gadis manis berusia 21 tahun ini, yang hanya disenarai menggantikan jaguh badminton wanita negara, Goh Jin Wei dalam temasya kali ini mampu membawa pulang emas.
Ia sekali gus memastikan Malaysia terus mempertahankan emas perseorangan wanita buat dua edisi Sukan SEA berturut-turut. Selain itu, badminton Malaysia turut mendominasi temasya kali ini dengan menambah dua lagi pingat emas menerusi Lee Zii Jia (perseorangan lelaki) dan Aaron Chia / Soh Wooi Yik (beregu lelaki). Tahniah serta syabas kepada mereka termasuk juga beregu campuran Shevon Lai / Goh Soon Huat yang hampir lagi memenangi pingat emas.
Paling menarik ialah kejayaan Kisona, pemain wanita negara yang berada pada ranking ke-104 dunia, yang terpaksa berdepan bebanan dan tekanan secara berseorangan selepas pemain senior, Soniia Chia menarik diri pada set ketiga pusingan pertama menentang pemain Myanmar.
Kisona terpaksa mengharungi kepayahan, kesakitan dan kesukaran sebelum sampai ke pentas utama. Dan dalam langkahnya menuju pingat emas itu, Kisona mempamerkan 'Jelmaan Atlit Sejati' – tekad, semangat, keringat, air mata, tidak putus asa serta terus berjuang hingga ke saat akhir.
Seawal pusingan pertama lagi, Kisona terpaksa bermain dalam tiga set dan berada dalam gelanggang selama 55 minit sebelum menewaskan lawan dari Filipina. Selepas itu dia terus mempamerkan aksi luar biasa dengan menewaskan tiga lawan yang berada di kelompok ranking 40 pemain wanita terbaik dunia.
Bermula di suku akhir menewaskan pilihan ketiga dan pemain ranking ke-24 dunia dari Indonesia, Gregoria Mariska Tunjung dalam aksi tiga set (46 minit), disusuli separuh akhir mengalahkan pilihan kedua dan pemain ranking ke-22 dunia, Nitchaon Jindapol dari Thailand (3 set / 62 minit) dan final menjinakkan Ruselli Hartawan dari Indonesia, pemain ranking ke-37 dunia dengan aksi tiga set dengan bangkit di set ketiga sebelum menoktahkan pingat emas selepas pertarungan 67 minit.
Dengan Kisona sudah membuktikan bakat dan potensi yang ada, sudah tiba masanya barisan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia, BAM mencorak kariernya ke arah lebih gemilang supaya dia boleh menyamai pencapaian idolanya, pemain utama India, P V Sindhu.