Tanggalnya 22 Julai 2017, bertempat di Shenzen, China dan berpentaskan perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC). AC Milan baru saja menundukkan Bayern Munich 4-0 dan dunia serta-merta memberikan tumpuan.
Bukan saja margin kemenangan itu yang menambat perhatian, malah lawan, Bayern, yang bukan calang-calang.
Patrick Cutrone meneruskan ‘form’ baiknya ketika pra-musim dengan sumbangan dua gol di antara jaringan Franck Kessie dan Hakan Calhanoglu untuk memberikan skuad bimbingan Vincenzo Montella lonjakan semangat yag dicari-cari mereka.
Ia adalah satu musim panas yang sibuk buat AC Milan sejak pengambilalihan oleh Li Yonghong pada April lalu sambil Rossoneri berhempas-pulas untuk memperkuatkan pasukan.
Sepuluh pemain baru telah didatangkan dalam tempoh singkat yang disifatkan Montella sebagai “musim panas impian”.
Kesudahan di tangga keenam dalam Serie A musim lalu sudah memadai buat Milan menempah slot dalam pusingan kelayakan Liga Europa.
Di sebalik suasana pesta di San Siro apabila kepulangan mereka ke Eropah disahkan, ia juga bermakna permulaan lebih awal kepada saingan kompetitif tahun ini, dengan perancangan pra-musim terpaksa diubahsuai.
Selepas kekecewaan dalam perlawanan pra-musim ketika tewas 3-1 kepada Borussia Dortmund, Milan menyerlahkan peningkatan menakjubkan dengan kejayaan membelasah Bayern.
Mereka ternyata lebih agresif dan berminda menyerang ketika berdepan juara Bundesliga itu – tanda-tanda awal yang meyakinkan.
Daripada pendekatan untuk menekan secara berterusan, penguasaan bola yang cemerlang dan serangan balas pantas yang menyumbang kepada dua gol yang membolosi Bayern, banyak yang boleh menerbitkan rasa sedap hati pasukan.
Barangkali ia adalah tanda-tanda awal terhadap apa yang boleh dijangkakan daripada Montella dan pemain-pemainnya pada musim baru ini.
Pakar taktikal dari Itali itu berhempas-pulas untuk melaksanakan gaya permainan pilihannya musim lalu, tambahan pula dengan kekurangan kualiti teknikal dalam kalangan pemain yang dimilikinya ketika itu.
Kini, kelab itu telah mendatangkan pemain-pemain berkaliber yang amat ditagihnya dan beban tergalas di bahu Montella untuk mewujudkan keserasian dalam pasukan daripada individu-individu yang mengubah wajah Milan daripada musim lalu.
Sambil saingan Liga Europa bukan sebahagian daripada pelan jangka panjang kelab itu, tidak syak lagi ia adalah satu okjektif serius buat Rossoneri musim ini.
Selain hakikat bahawa ia menawarkan laluan ke Liga Juara-Juara jika Milan terkandas dalam saingan Serie A, ia juga adalah satu lagi peluang untuk meraih satu lagi trofi utama Eropah dan membantu pasukan ini berkembang dan meningkat bersama-sama.
Milan ternyata memiliki keinginan untuk memandang serius kepada Liga Europa seperti yang diuar-uarkan kelab itu sejak beberapa bulan kebelakangan dan ia harus dilihat sebagai sebahagian proses untuk kembali kepada di mana mereka mahu berada kesudahannya.
Lazimnya, tiada jurulatih atau pasukan yang mahu memulakan saingan getir pada penghujung Julai kerana ia dirasakan terlalu awal.
Tetapi Rossoneri akan mendepani cabaran itu serta laluan berliku yang panjang seterusnya, yang diharapkan mereka akan berkesudahan dengan menjulang trofi apabila kempen berkenaan berakhir pada Mei tahun depan.
Dan terbaru, mereka turut menambah Zlatan Ibrahimovic, Diego Costa dan Renato Sanches dalam senarai pemburuan.
Adakah sesiapa yang boleh meragui betapa seriusnya Rossoneri untuk menghambat kegemilangan silam?