Perpindahan Leonardo Bonucci ke AC Milan dengan yuran £35.70 juta (RM200 juta) adalah kejutan terbesar pada musim panas ini dan adalah sukar memikirkan sebarang perpindahan lain dapat mengatasi itu.
Perpindahan Cristiano Ronaldo sekalipun, jika ia berlaku, tidak akan sedemikian menggemparkan.
Kejutannya ialah Bonucci bertukar pasukan tetapi kekal di Itali dan dia tidak kisah menyertai sebuah kelab yang sudah jauh ditinggalkan kelab asalnya, Juventus.
Pelbagai desas-desus melingkari alasan perpindahannya tetapi ia semakin jelas bahawa pemain pertahanan berusia 30 tahun itu – yang memiliki kontrak sehingga 2021 dan telah membantu Juve menjulang Scudetto enam kali dalam tujuh musim – tidak lagi dapat didamaikan dengan pengurus, Massimiliano Allegri.
Perselisihan kedua-duanya dikatakan tercetus Februari lalu, kemudian keadaan kembali tenang selama beberapa bulan, sehingga kembali memuncak berikutan kekalahan 1-4 kepada Real Madrid dalam final Liga Juara-Juara di Cardiff, 3 Jun lalu.
Bonucci mengambil pendirian untuk keluar dari pasukan tetapi pada masa sama enggan meninggalkan Itali. Ejennya segera berhubung dengan Milan, yang menyusulinya dengan bidaan tertinggi dalam kalangan kelab-kelab Itali dan sahlah dia menyertai kerabat Rossoneri.
Antara sebab Milan berada dalam posisi untuk menyambar salah seorang pemain pertahanan terbaik di dunia ialah mereka tidak lagi dimiliki oleh Silvio Berlusconi dan di tempatnya kini ialah Li Yonghong yang melengkapkan pengambilalihan kelab itu Mei lalu.
Dengan Vincenzo Montella di kerusi pengurus – jurulatih keenam Milan dalam tempoh tiga tahun – kelab itu lazimnya akan memburu nama-nama besar, antaranya Carlos Bacca, Luiz Adriano, Fernando Torres, Michael Essien dan kembalinya Kaka, yang tidak dimahukan mana-mana pengurus lain.
Bagi musim panas ini pula, mereka menandatangani pemain-pemain muda berpotensi dan dengan keupayaan yang terbukti.
Ricardo Rodriguez (£15.30 juta dari Wolfsburg) adalah pilihan hangat pakar statistik sejak Piala Dunia 2014, Franck Kessie (£23.8 juta dari Atalanta) tutut disasarkan Chelsea dan pada usia 21 tahun, Andre Silva (£32.30 juta dari FC Porto) adalah antara penyerang tengah hibrid terbaik di dunia ketika ini.
Hakan Calhanoglu (£18.70 juta dari Bayer Leverkusen) digantung untuk separuh kedua musim lalu tapi pemain berusia 23 tahun itu adalah antara pakar sepakan percuma terbaik yang boleh didapati ketika ini dan bek kanan Andrea Conti (£21.25 juta dari Atalanta) turut berkeupayaan menyumbat lapan gol daripada 34 percubaan musim lalu.
Di sebalik Mateo Musacchio (£15.30 juta dari Villarreal) tidak bermain lebih daripada 23 perlawanan liga semusim sejak 2013–14, potensi pemain berusia 26 tahun ini selaku bek tengah yang agresif dan gemar membantu serangan, sangat dialu-alukan.
Sudah pasti, barisan seumpama itu belum cukup untuk menghambat Juventus – skuad Bianconeri itu masih yang terhebat di Itali dan sekalipun tanpa Bonucci, mereka boleh berbangga dengan gandingan pemain terbaik dalam Serie A.
Di atas padang, ia akan memerlukan lebih daripada satu musim panas yang baik untuk Milan menjulang kejuaraan, sekalipun untuk memintas Roma dan Napoli – dua pasukan yang corak menyerang ampuh masing-masing merapatkan jurang mereka dengan Juventus kepada hanya empat dan lima mata musim lalu.
Sepuluh tahun sudah berlalu sejak Milan kali terakhir menjulang trofi di Eropah dan empat tahun sejak penyertaan terakhir mereka dalam saingan itu.
Namun, warna berbelang merah dan hitam mereka masih bermakna sesuatu dan legasi Milan juga belum luput sama-sekali.
Musim panas ini, bagaimanapun, adalah langkah besar pertama mereka dalam ikhtiar memanjat semula anak-anak tangga peningkatan.
Dan dengan Bonucci memimpin perjuangan, Milan kelihatan bersiap-sedia untuk kembali ke persada yang pernah dihuni mereka buat beberapa lama.