Skip to main content

Rencana

Rossoneri hambat kegemilangan silam (bhg 2)

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

milan_1.jpg
Tidak berapa lama dahulu, bermain untuk for AC Milan bermakna anda adalah antara yang terbaik di dunia.

Dari 1990 hingga peralihan ke dekad ini, pemain-pemain berikut tiba di San Siro: Brian Laudrup, Marcel Desailly, Ruud Gullit, Roberto Baggio, George Weah, Edgar Davids, Patrick Kluivert, Oliver Bierhoff, Andriy Shevchenko, Gennaro Gattuso, Andrea Pirlo, Filippo Inzaghi, Rui Costa, Alessandro Nesta, Clarence Seedorf, Rivaldo, Kaká, Cafu, Jaap Stam, HernAn Crespo, Christian Vieri, Ronaldo, Ronaldinho, Thiago Silva, David Beckham, Robinho dan Zlatan Ibrahimovic.

Dalam rentetan itu, Milan memenangi tujuh kejuaraan Serie A tetapi apa yang lebih mengesankan dan memberangsangkan, mereka mendominasi di Eropah – memenangi trofi Liga Juara-Juara sebanyak empat kali di samping muncul naib juara dalam tiga tahun yang lain.

Rossoneri adalah sebuah pasukan yang sentiasa tampil ke hadapan pada dekad 90-an dan awal 2000-an. Setiap kali Milan tersingkir daripada saingan Eropah, ia dirasakan seperti tempoh peralihan sementara daripada gelombang merah dan hitam itu berbanding satu peralihan kuasa.

Namun, secara beransur-ansur, krisis kewangan mula menenggelamkan mereka.

Dimiliki oleh bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, Milan bukanlah satu model perniagaan yang mampu bertahan seperti Manchester United atau Real Madrid.

Berbanding memanjangkan jangkauan pemasaran mereka ke Asia, atau menandatangani perjanjian penajaan bantal tidur rasmi, misalnya, kelab itu hanya bergantung kepada kekayaan pemiliknya.

Apabila kemelesetan ekonomi melanda, Milan dibebani oleh bayaran gaji tinggi kepada pemain-pemain yang menghampiri penghujung hayat bermain mereka.

Lazimnya, mereka dapat menampung beban kewangan seumpama itu dan membina untuk masa depan, tetapi dengan hasil-mahsul yang lebih kecil, kelab itu tidak lagi mampu menangani kedua-duanya serentak.

Tanpa sebarang bidaan terhadap bintang-bintangnya yang berusia 30-an, Milan dikerah untuk memotong perbelanjaan sambil liga dan saingan Eropah meninggalkan mereka.

Selepas memenangi liga pada 2010–11, kelab itu menjual kedua-dua superstarnya, Silva dan Ibrahimovic, kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam perjanjian bernilai £53 juta (RM300 juta).

Sejak itu, Milan berkesudahan di tangga kedua, ketiga, kelapan, ke-10, ketujuh dan keenam mengikut turutan sedemikian.

Sambil itu, Juventus telah memenangi kesemua enam kejuaraan Serie A sepanjang tahun-tahun berkenaan – dengan purata kelebihan 10 mata – dan tampil dalam dua final Liga Juara-Juara Eropah.

Kunci kepada dominasi Juventus adalah pertahanan ampuh yang tidak pernah membenarkan dibolosi lebih daripada 27 gol dalam semusim penuh kempen Serie A.

Di tengah-tengah benteng pertahanannya ialah Leonardo Bonucci, yang menandatangani untuk kelab berpangkalan di Turin itu ketika berusia 23 tahun pada 2010 dan telah meningkat selaku pemain terbaik yang pernah dilahirkan Itali.

Maka, jika ada satu sebab untuk mengharapkan sesuatu yang baru dalam Serie A pada musim baru nanti, ia adalah Bonucci kini membintangi AC Milan.

Selepas bertahun-tahun menjadi pemerhati dari luar, Milan kini bersiap-sedia untuk merenung semula kelayakan ke Liga Juara-Juara.

Lantaran kehadiran Bonucci serta deretan bintang-bintang barunya, salah satu gergasi bola sepak yang tidur selama ini, mungkin akan bangun akhirnya.

Advertisement

Must Watch Video