Cristiano Ronaldo kini bergelar penjaring terbanyak sepanjang zaman selepas menjaringkan gol ke-760 dalam kerjayanya sebagai pemain profesional dalam perlawanan menentang Napoli bagi perebutan Supercoppa Italiana awal pagi tadi.
Sejak kemunculan sulungnya bersama Manchester United pada 2003, di mana Ronaldo dimasukkan sebagai pemain gantian ketika menentang Bolton Wanderers, dia sudah pun diramalkan akan menggegarkan dunia dan sesungguhnya itulah yang berlaku.
Pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia di sebalik kejayaan Ronaldo, bagaimana dia mampu mengekalkan prestasi sebagai salah seorang pemain terbaik dunia tahun demi tahun?
Menurut laman sesawang goal.com, Ronaldo dipetik sebagai berkata, “Kekuatan utama saya adalah kuasa minda. Pada zaman sekarang, bakat semata-mata tidak mencukupi.”
Umum mengetahui bahawa sejak usia muda lagi, Ronaldo adalah seorang yang tidak mudah berpuas hati dan sentiasa mengejar pencapaian yang lebih tinggi.
Keinginannya untuk menang jauh mengatasi kebanyakan pemain lain dan kedahagaan untuk menjadi pemain terbaik antara yang terbaik adalah pemacu segala kejayaannya selama ini.
“Saya memiliki apa yang saya ada sekarang disebabkan oleh segala pengorbanan saya.
“Dedikasi, usaha keras sepanjang waktu dan yang paling penting sekali, kepercayaan terhadap diri saya sendiri.”

Begitulah kata-kata Ronaldo apabila diminta untuk berkongsi rahsia kejayaannya dalam satu sesi temu bual.
Kerajinan dan tahap dedikasi Ronaldo terhadap kerjayanya turut disegani oleh pemain profesional yang pernah menjadi rakan sepasukannya.
Menurut Louis Saha, bekas penyerang Manchester United, Ronaldo sentiasa menjadi pemain yang paling awal tiba di pusat latihan setiap pagi.
“Ronaldo memang gila.
“Jika kami dijadualkan untuk memulakan latihan pada pukul 10 pagi, dia akan tiba seawal jam 8.30 pagi untuk berlatih sendiri.
“Saya pernah cuba untuk melakukan latihan intenstif menggelecek bola di seluruh padang bersama dia, tetapi selepas dua pusingan, saya sudah tercungap-cungap sedangkan dia masih lagi bersahaja dan mampu terus berlatih sehingga waktu malam.”
Kenyataan Saha ini disokong oleh seorang lagi bekas pemain Manchester United, Patrice Evra, yang mengimbau satu memori melucukan.
Dalam temu bual bersama stesen televisyen ITV, Evra pernah mendedahkan: “Saya nasihatkan kepada semua pemain di luar sana, jika Ronaldo menjemput kamu untuk makan di rumahnya, jangan pergi!
“Dia pernah jemput saya untuk makan selepas sesi latihan dan saya pun menerima dengan gembira.
“Tapi, saya terkejut bila melihat yang dia hanya menghidangkan salad dan ayam tanpa kulit, itu sahaja.
“Untuk minuman pula, hanya air kosong, jus pun tak ada!
“Selepas dia selesai makan, dia terus bangun dan mengajak saya untuk berlatih dengannya sedangkan saya belum habis makan lagi!
“Saya bertanya, ‘Tak boleh tunggu saya habis makan dulu ke?’
“Dia jawab, ‘Tak boleh, mari berlatih sekarang!’
“Sebab itulah, saya beri amaran kepada semua, jangan berkunjung ke rumah dia, kamu akan lebih penat daripada kenyang!”

Tidak kira sama ada peminat menyanjung atau membenci Ronaldo, ia sama sekali tidak dapat dinafikan bahawa dia adalah antara atlet yang paling kuat berusaha untuk mencapai matlamatnya.
Segala pencapaiannya selama ini merupakan mercu tanda kejayaan dirinya yang tidak pernah mengenal erti penat atau bosan dan tidak keterlaluan jika dikatakan yang kita mungkin tidak akan lagi dapat menyaksikan pemain yang serupa dengannya pada masa akan datang.
Azam Ronaldo sekarang adalah untuk menjuarai Piala Dunia bersama negaranya Portugal pada tahun 2022 dan sememangnya tiada sesiapa yang akan terkejut jika matlamat itu tercapai.