Cassio De Jesus, pertahanan tengah terbaik Kelab Simen Padang dibeli untuk mengukuhkan barisan pertahanan Kelantan.
Dengan saiz fizikal yang dimiliki, muda dan tangkas serta boleh berbicara dalam bahasa Melayu, Jesus berjaya menawan hati penyokong setia The Red Warriors (TRW) dengan aksi permainan yang mantap.
Namun, selepas mengalami kecederaan pangkal paha dalam aksi di Pasir Gudang menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) II, prestasinya agak merosot.
Presiden KAFA pada masa itu, Bibi Ramjani Ilias Khan menyerahkan kepada pengendali, Yusri Che Lah menentukan masa depan Jesus, yang pernah memakai lilitan kapten TRW.
Sebelum pintu perpindahan pemain kali kedua ditutup, Jesus, dalam laman Instagram miliknya, mendedahkan faktor kewangan pasukan yang kritikal menyebabkan dia mengambil keputusan untuk meninggalkan Kelantan.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pemain, jurulatih dan pengendali Kelantan.
"Saya tidak ingin pergi, tetapi ada masalah kewangan kelab yang membenarkan perkara ini berlaku," tulisnya.
Rupanya Jesus yang kini beraksi untuk kelab PS Barito Putera (Liga Indonesia) bukan sahaja meninggalkan momen pahit manis bersama TRW tetapi tunggakan gajinya yang harus dibayar KAFA bagi meneruskan kelangsungan hidup bola sepak Kelantan yang tidak berdosa.
Arahan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) cukup jelas - bayar tunggakan gaji berjumlah RM629,620.20 dalam tempoh 30 hari bermula 23 April lepas atau tunggu hukuman selanjutnya.
KAFA bertindak pantas melalui jaringan media massa merayu bantuan orang ramai terutama peminat dan penyokong setia The Red Warriors (TRW) untuk menderma atas nama Persatuan Bolasepak Kelantan secara dalam talian (online) di nombor akaun 553010630676 (Maybank).
Pelbagai reaksi mula memenuhi ruang media yang tidak bertapis. Halaman Facebook rasmi TRW Kelantan Red Warriors mula dibanjiri peminat.
Ada yang bersimpati dan atas rasa ingin membantu mereka menghulurkan derma demi slogan keramat 'Selamatkan Bola Sepak Kita'.
Sebelum sumbangan dihulur, siap berpesan 'Jom bantu mana yang mampu. Tak nak bantu tidak perlu kutuk'.
Manakala, kumpulan penyokong setia TRW yang menggelarkan diri mereka Gate H Boys pula dalam siaran terbaharu di laman sosial Facebook memutuskan tidak akan melancarkan tabung derma namun tidak menghalang individu untuk memberi sumbangan.
Kata mereka 'Apakah perancangan KAFA sekiranya pemain lain pula berbunyi tentang tunggakan gaji mereka? Pemain tidak bersalah dalam hal ini kerana mereka menuntut hak mereka. Tetapi persatuan harus "ukur baju di badan sendiri" dalam perbelanjaan.
Setiap orang ada pandangan tersendiri. Ancaman Covid-19 yang belum ada vaksinnya, ditambah Liga Malaysia (Liga-M) masih ditangguhkan (belum ada tarikh pasti untuk disambung) benar-benar menguji kemampuan KAFA bertindak.
Mungkin, mengambil keberkatan bulan Ramadan yang mulia, sumbangan yang anda berikan pasti meringankan beban KAFA.
Nota untuk yang ingin menderma:
Buka akaun anda, cari bahagian pindahan wang, masukkan jumlah dan nombor akaun 553010630676 (Maybank). Tekan sekali lagi dan Alhamdulillah, selesai.