“Sergio Ramos memang anak h@$*m,” bentak seorang penyokong Liverpool sejurus bintang The Reds, Mohamed Salah, terpaksa dikeluarkan hanya selepas setengah jam final Liga Juara-Juara di Kiev awal pagi tadi gara-gara kecederaan bahu.
Seiring dengan pemain sayap antarabangsa Mesir itu meninggalkan padang dan dikejarkan ke hospital dalam kesakitan, peluang Liverpool untuk menyaingi Real Madrid selaku juara bertahan, beransur-ansur lenyap untuk kesudahannya ditundukkan 3-1.
.jpg)
Dua daripada jaringan lawan tentunya boleh dipersalahkan kepada kesilapan budak sekolah oleh penjaga gol, Loris Karius, namun saki-baki semangat melawan Liverpool lebih dahulu disentap dengan kehilangan Salah selaku inspirasi besar buat mereka.
Caci-maki terhadap ketua pasukan Madrid, Ramos, menerusi Twitter berterusan sejak itu, dengan salah seorang yang menggunakan akaun David Maddock menyimpulkan: “Jika Real kesudahannya menang perlawanan ini, maka ia adalah kemenangan yang tercemar.
.jpg)
“Adalah hina dan memalukan buat Ramos untuk mematikan ancaman lawan dengan cara amat tidak profesional. Dia tahu apa yang dilakukannya, dia memang sengaja mahu mencederakan (Salah dengan mengeluarkannya daripada permainan.”
Barangkali saya akan disalahertikan sebagai salah seorang penyokong Liverpool, namun harus saya jelaskan bahawa saya lebih cenderung kepada salah satu pesaing mereka dalam Liga Perdana Inggeris.
Namun seperti kebanyakan penyokong neutral, saya turut terkesan dengan gelagat samseng Ramos yang turut menyiku muka Karius sejurus sebelum kesilapannya menggolekkan bola yang dipintas Karim Benzema untuk gol pertama Madrid pada minit ke-50.
Berbalik kepada insiden pada minit ke-30 itu, Ramos jelas merempuh Salah dan memaut tangannya ketika kedua-duanya terjatuh sambil berat badan Ramos menghempap pemain sayap itu tanpa langsung melepaskan tangannya.
.jpg)
Di sebalik ia kelihatan seperti situasi 50-50, ulang tayang menunjukkan Ramos melakukan rempuhan keras ke atas Salah dengan niat. Hujah ini diperkuatkan lagi dengan imej Ramos ketawa dan bergurau dengan seorang pembantu pengadil ketika Salah dibantu pegawai perubatan meninggalkan padang.
“"F*** Sergio Ramos. Dia mencederakan Salah dengan sengaja," kata satu lagi daripada ratusan tweet ketika itu.
Turut bersimpati dengan Salah adalah bekas pemain antarabangsa Mesir, Ahmed Hossam Mido, yang pernah bermain untuk Tottenham, West Ham, Middlesbrough dan Wigan, dengan menulis: “Sesiapa saja yang memahami bola sepak, akan bersetuju bahawa Sergio Ramos mencederakan Salah dengan sengaja.”
Tidak boleh dinafikan Salah adalah ancaman terbesar kepada Madrid selepas menyumbat sejumlah 44 gol dalam pelbagai kejohanan musim ini dan perlawanan awal pagi tadi harus mengukur sumbangannya bersaing dengan Cristiano Ronaldo.
“Mana-mana pemain dalam situasi berkenaan, akan melepaskan tangan Salah (ketika kedua-duanya terjatuh) tapi Ramos terus berpaut kepadanya dan berpusing dengannya,” kata Mido lagi.
Namun, demi berlaku adil kepada Ramos, tidak kurang juga yang berpandangan berbeza.
Bekas tonggak England, Frank Lampard, yang tampil selaku pengulas tamu untuk salah satu saluran televisyen British bagi siaran langsung perlawanan itu mengulas: “Tidak, saya tidak fikir begitu. Kedua-duanya memang bersaing rapat dan dalam situasi seperti itu, tangan mereka boleh berkait. Lebih malang lagi, kedua-duanya terjatuh dengan cara berkenaan (hingga menyebabkan Salah tercedera).”
Ramos sendiri, yang peka dengan caci-maki ke atasnya, turut menggunakan Twitter beberapa jam selepas perlawanan untuk menyampaikan ucapan agar Salah segera pulih.
“Kadangkala bola sepak menyerlahkan sisi baik dan sisi buruk,” tulis Ramos. “Mengatasi segala-galanya, kami adalah pemain profesional. Selamat pulih segera, Salah, masa depan menanti anda.”
Apa pun, jika benar Ramos berniat mengeluarkan Salah daripada perlawanan untuk Real Madrid mengukir satu lagi kejayaan, ia sudahpun tercapai.