Nota ringkas "Спасибо" yang membawa maksud terima kasih -- cukup untuk menggambarkan personaliti keseluruhan pasukan Jepun yang berjuang di Piala Dunia Russia. Ditinggalkan di dalam bilik persalinan selepas tewas kepada Belgium pada pusingan kalah mati -- tidak tercapai akal kita untuk melakukan perkara sama ketika sedang dirundung duka tetapi Jepun sentiasa melakukan perkara diluar kotak pemikiran.
Seperti mana strategi yang dipasang pengendalinya, Akira Nishino - menekankan "fair play" pada setiap permainan berbanding taktik kotor mencederakan pemain tonggak, sehingga ia menjadi kelebihan untuk Jepun menyingkirkan Senegal yang memiliki pungutan mata dan bilangan jaringan yang sama.
Budaya unik masyarakat Jepun juga dibawa ke Russia oleh rakyat negara matahari terbit itu, termasuk kostum yang diperagakan ketika menonton perlawanan pasukan kesayangan mereka. Lebih menarik, tabiat menjaga kebersihan stadium oleh penonton Jepun menjadi tular di seluruh dunia dan tinjauan wartawan juga mendapati, para pemain Jepun juga meninggalkan bilik persalinan dalam keadaan baik.
Sudah menjadi lumrah, setiap kekalahan akan disusuli rasa kecewa tetapi untungnya menjadi pemain Jepun, kesedihan mereka mahu dikongsi sama penyokong skuad samurai biru dimana sebahagian kecilnya berhimpun dilapangan terbang - bukan menanti untuk mencerca tetapi cuba untuk kembali menceriakan wira-wira negara mereka.
Ini mungkin sebahagian daripada kisah teladan yang ditonjolkan Jepun selaku wakil tunggal Asia yang bertahan paling lama pada kempen di Rusia. Malangnya ada cerita kurang enak dilaporkan media dari negara-negara Asia sepanjang Piala Dunia setakat ini seperti tindakan obses dua penyokong setia Lionel Messi yang berasal dari India membunuh diri selepas Argentina tersingkir.
Bagi mengelakkan kejadian sama daripada berleluasa - kebanyakan bangunan pencakar langit di China diarahkan menutup bumbung dan laluan ke bumbung bangunan. China sememangnya terkenal dengan aktiviti perjudian dan setakat 2 minggu pertama kejohanan, perjudian piala dunia di China direkodkan mencecah 20 billion Yuan - dua kali ganda daripada jumlah keseluruhan perjudian yang dilakukan pada edisi 2014.
Begitu besarnya pengaruh piala dunia bagi sesetengah orang - bukan sahaja mereka yang menyintai bola sepak, pelbagai lapisan peserta ekonomi mahu turut sama mendapat manfaat - daripada mampu memberi suntikan positif dalam kehidupan seharian sehinggalah meragut pertimbangan seseorang untuk menarik nyawa sendiri akibat malu dan enggan menanggung hutang. Semoga lebih banyak yang putih berbanding hitam yang terlahir pada baki saingan Piala Dunia.
Selamat menonton.