“ZAL, apa you buat I macam ini,” suara garau milik Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar di sebalik corong telefon bimbit penulis meluahkan amarahnya.
“You tak faham, kita buat keputusan berpandukan rumusan daripada sesi sumbang saran FAM tahun lepas. Kita buat keputusan atas permintaan pasukan negeri yang juga ahli gabungan FAM. Ia bukan keputusan I,” katanya.
Begitulah reaksi Raja Ahmad Zainuddin selepas membaca tajuk berita utama muka surat 40 akhbar The Malay Mail pada 25 Jun, 2007 yang tertera Foolish, Apathetic, Maladroit, dengan abjad pertama tiga perkataan itu mewakili singkatan kepada FAM.
Keras bunyinya. Namun, menepati reputasinya sebagai akhbar tabloid berbahasa Inggeris yang berani dan sedikit nakal, penyunting akhbar itu memberi tajuk yang membawa maksud Bodoh, Tidak Peduli dan Tidak Bijak.
Laporan yang penulis tulis itu berkisar kepada kecederaan penyerang Selangor, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, yang dibentes penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias, dalam separuh akhir Piala FA, 16 hari menjelang sepak mula menentang China dalam Piala Asia 2007.
Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM yang dipengerusikan oleh Raja Ahmad Zainuddin melepaskan pemain yang terbabit dalam separuh akhir Piala FA- - Kedah, Perlis, Selangor dan Johor Pasir Gudang – walaupun jurulatih Norizan Bakar rancak merencana strategi dalam pusingan terakhir menjelang Piala Asia, termasuk beberapa siri perlawanan persahabatan ke arah membentuk persefahaman berpasukan.
Penulis percaya jawatankuasa berkenaan terdesak gara-gara tekanan daripada Selangor, maka di sebelah tajuk nakal itu, penyunting menyertakan gambar memaparkan Raja Ahmad Zainuddin, Dollah Salleh, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad (kini Tan Sri) selaku Setiausaha Agung FAM dan Hamidin Mohd Amin (kini Datuk) sebagai Setiausaha Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), menyarung jersi negara, sebagai sindiran jika mana-mana pemain cedera, keempat-empat individu itu boleh turun padang. Laporan itu penulis rakamkan dalam blog menerusi pautan http://rizalhashim.blogspot.my/2012/01/tolong-google-translate.html.
Perbualan kami terhenti apabila Raja Ahmad Zainuddin meletak telefon.
Namun, beliau menelefon semula penulis, setengah jam kemudian.
“Hah, jomlah kita pergi minum,” amarahnya lentur.
“Ya Engku, kita jumpa petang karang,” jawab penulis.
Begitulah Raja Ahmad Zainuddin, seorang tokoh sukan, ahli politik, pemimpin akar umbi dan individu yang penulis kenali.
Bekas naib presiden FAM itu meninggal dunia pada kira-kira jam 8.30 pagi di Hospital KPJ Ipoh, Perak, pada Jumaat, penghulu segala hari dalam Ramadan Al Mubarak. Allahyarham berusia 61 tahun dan meninggalkan isteri, Datin Seri Sabaniah Ahmad Sabri, 56, serta anak lelaki Raja Ahmad Zhafir, 28, dan dua anak perempuan, Raja Nur Dzafirah, 23, dan Raja Nur Dzhoriifah, 20.
Pemergian Allahyarham tentunya satu kehilangan besar buat bola sepak tempatan. Allahyarham adalah lambang generasi pemimpin sezaman beliau yang bersetuju untuk tidak bersetuju sambil menghormati perbezaan pendapat tanpa perlu merendahkan martabat atau memperlekehkan pandangan orang lain.
Tanpa platform media sosial yang boleh disalah guna untuk meraih populariti dan memanipulasi kenyataan, Raja Ahmad Zainuddin condong bertentang mata dan berhujah dengan pengkritiknya. Anda setuju atau tidak, lain cerita.
Tanyalah setiap penulis bola sepak dari mana-mana organisasi media – Raja Ahmad Zainuddin seorang yang tidak sombong, ramah dan mudah mesra.
Kelantangannya bertaraf legenda. Lantang itu bertukar kendur selepas menjalani penggantungan yang dikenakan oleh FAM gara-gara mengkritik mutu pengadilan pada 1991.
Bekas penulis bola sepak, Datuk Badrulhisham Othman, kini Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, berkata:
“Raja Ahmad ada pandangan sendiri mengenai cara mengurus pemain dan bola sepak. Allahyarham tidak segan-silu pertahan idea dia. Allahyarham cukup friendly orangnya.”
Bagi bekas rakan setugas penulis di The Malay Mail, Fariq Rahman, Allahyarham antara karakter yang mewarnai bola sepak tempatan, dalam dan luar padang.
“Cukup merendah diri, berkawan dengan semua dan berdisiplin, itulah Raja Ahmad yang saya kenali. Saya ingat apabila ditugaskan membuat liputan di Ipoh, Allahyarham lebih awal tiba di stadium daripada pemain. Beliau cukup komited dan berdedikasi.
“Apabila ditanya, beliau menjawab sebagai pemimpin pasukan, saya kena tunjuk contoh yang baik. Jika tidak, siapa yang hendak tunjuk contoh dan tunjukkan kepada pemain yang disiplin itu penting?” kata Fariq mengimbas peristiwa sehari sebelum perlawanan di antara Perak dan Selangor pada 1990-an.
Lahir dalam sebuah keluarga yang besar di sebuah kampung di Selama, Allahyarham memulakan kerjaya sebagai pengurus pasukan bola sepak Kelab Sukan Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak (Kesedar).
Menjadi naib presiden FAM dari 1997 hingga 2007, Timbalan Presiden Perak FA (PAFA) serta pengurus pasukan 1988 hingga 2000, sentuhan Allahyarham dalam mengurus modal insan diterjemahkan ke dalam bentuk kejayaan. Senarai piala termasuk Piala FA 1990, Piala Malaysia 1998 dan 2000 dan Piala Sumbangsih 1999.
Allahyarham meninggalkan satu legasi besar dalam memulihkan semula imej Perak selaku kuasa tempatan selepas era 1970-an ketika negeri itu berbangga dengan M. Karathu, Baharin Khamis, Wong Kam Fook, Wong Voon Leong, P. Umaparam, Wong Hee Kok dan V. Krishnasamy.
Ramai juga yang tidak tahu Allahyarham pengasas Persatuan Ping Pong Melayu Perak dan pernah berkhidmat sebagai wartawan sambilan untuk agensi berita nasional Bernama pada 1970-an.
Rakan setugas penulis di The Malay Mail, Mustapha Kamaruddin, kerap membuat liputan di Ipoh dan intim dengan pasukan Perak dari 1980-an hingga awal 2000-an, terutama ketika Raja Ahmad Zainuddin berganding bahu dengan Karl Weigang selaku jurulatih.
“Engku gemar membuat lawak dan adalah perkara lumrah Engku dan Weigang berbincang pasal bola sepak dengan kami sehingga 4 atau 5 pagi,” Mustapha menulis dalam The Malay Mail.
Sebagaimana tokoh-tokoh budiman bola sepak era itu, Allahyarham tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau lebih pakar dan tahu semuanya dalam bola sepak, sama ada dalam bentuk gurauan mahupun serius. Ini di sebalik kejayaannya bersama Perak. Barangkali ini disebabkan latar belakangnya sebagai wartawan dan penulis yang peka dengan keadaan sekeliling.
Empat tahun selepas perbualan telefon menjelang Piala Asia 2007 itu, penulis mempelawa Raja Ahmad Zainuddin untuk menjadi tetamu Dengan Izin. Selepas rakaman, Allahyarham mengajak penulis makan lewat malam.
Penerbit Dengan Izin, Slamet Sazly Yakub, anak jati Perak yang mengagumi kehebatan skuad Kejor Yop Kejor itu di bawah pengurusan Raja Ahmad Zainuddin, mengingatkan penulis Allahyarham menikmati steak dengan cukup berselera di sebuah hotel.
Di situ, Allahyarham menghadiahkan penulis buku Bola Sepak Pro dan Kontra, himpunan ruangan pojoknya yang bertahan di Berita Harian selama 10 tahun, satu koleksi memoir yang jujur dari Julai 2002 hingga Ogos 2011.
“Allahyarham cukup berselera malam itu. Saya pergi pun agak lewat, selepas rakaman Dengan Izin. Saya ingat detik itu kerana bukan mudah menghabiskan waktu dengan seorang tokoh bola sepak berstatus legenda,” imbas Slamet.
“Buku yang abang dapat malam itu, saya baru beli di Pesta Buku baru-baru ini,” kata Slamet.
Allahyarham menulis dengan jujur dan menyentuh pelbagai aspek sukan tanpa mengehadkan penulisan dalam bola sepak. Dalam buku setebal 404 muka surat itu, pembaca harus merumuskan bahawa Allahyarham bukan sekadar pemimpin bola sepak, bahkan seorang pencinta sukan sejati.
Salam takziah untuk keluarga Allahyarham. Semoga Allah SWT merahmati roh Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan menempatkannya dalam golongan yang diredhai-Nya. Amin.