Walaupun aksi antara Malaysia dan Thailand sudah berakhir, sorakan seluruh penyokong skuad negara seakan masih lagi kedengaran, apa tidaknya, mengatasi pasukan di ranking ke-109 dunia yang dibimbing pula pengendali skuad Jepun yang melangkah ke Piala Dunia, Akira Nishino, merupakan kenangan yang tidak mudah untuk dilupakan.
Skuad Harimau Malaya terlebih dahulu ketinggalan menerusi jaringan Chanathip Songkrasin pada minit ketujuh, bangkit semula menerusi gol sumbangan Brendan Gan pada minit ke-26 dan Mohamadou Sumareh pada minit ke-56.
Ini merupakan kemenangan kedua pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe itu dalam kempen Kumpulan G, selepas mengetepikan Indonesia 3-2 dalam perlawanan pembukaan, sebelum kalah berturut-turut kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) (1-2) dan Vietnam (0-1).
Menerusi Bernama, Cheng Hoe berkata, "Kesemua pemain sangat fantastik. Ia bukan mudah kerana kita tahu Thailand menghantar pasukan yang kuat. Bagaimanapun, pemain kita menunjukkan semangat juang dan enggan menyerah kalah, itu perkara paling penting untuk kita meraih tiga mata yang sangat berharga.
"Walaupun kita ketinggalan gol awal, yang menjadi satu masalah yang perlu diatasi, tetapi disebabkan pemain bersatu hati dan percaya kita boleh melakukan sesuatu, sebelum kita dapat ‘turning point’ menerusi jaringan Brendan. Selepas itu, kita dah nampak peluang terbaik untuk jaringkan gol.
"Perjalanan kita dalam kempen kelayakan ini separuh sahaja, kita ada empat perlawanan lagi, jadi kemenangan ini beri kita motivasi untuk mencari keputusan positif dalam perlawanan seterusnya."
Jika sebelum ini, kita sering melihat menerusi muatan di Instagram, setiap pasukan kebangsaan memiliki seorang pemain yang menjadi tunjang pasukan -- tidak mengira ketika bertahan ataupun menjadi watak utama menjadi pemisah ketika bertemu pasukan dengan jaringan-jaringan berkualiti.
Seperti Portugal, mereka memiliki Cristiano Ronaldo, Argentina mempunyai Lionel Messi dan Brazil memiliki Neymar. Jadi Malaysia ada siapa?
.jpg)
Mudah jawapannya, Malaysia memiliki Harimau Malaya -- sebuah pasukan dibarisi pemain-pemain yang berjuang demi maruah negara.
Menerusi benteng pertahanan, Aidil Zafuan Abd Radzak, Shahrul Saad, Corbin Ong serta Syahmi Safari dan juga tidak terlepas Matthew Davies antara individu yang bertanggungjawab menghalang setiap serangan pasukan lawan.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam, ternyata ia merupakan aksi yang terbaik pernah ditampilkan oleh tonggak tengah Perak, Brendan Gan.
Menjadi perbualan sepanjang saingan oleh pengulas perlawanan, Zainal Abidin Rawop, kadar kerja pemain berusia 32 tahun itu di tahap yang berbeza. Mencetus inspirasi skuad negara dengan jaringan penyamaan dan melakukan bantuan jaringan kemenangan Sumareh, kelibatnya amat penting apabila dia turut serta membantu jentera pertahanan mematahkan gerakan Thailand.
Nama seperti Safawi Rasid, Syafiq Ahmad serta Sumareh antara permata jentera serangan negara, menyaksikan pemain-pemain ini tidak berhenti berlari di atas padang membuktikan kesungguhan mereka demi negara tercinta.

Berdasarkan keputusan yang diraih semalam, kekalahan 2-1 kepada UAE, 1-0 kepada Vietnam mampu diubah jika Malaysia mampu menampilkan suasana yang sama namun ia haruslah bermula dengan perlawanan seterusnya ketika berdepan Indonesia Selasa ini.
Ternyata, kemenangan yang dilakar masih mengekalkan skuad negara di tangga keempat, namun ia bersifat sebagai anjakan dan penanda aras buat Malaysia yang sebenarnya mampu untuk mencipta kemenangan. Mungkin, kita semua boleh bermimpi menyaksikan Malaysia kembali ke pentas Piala Asia buat pertama kali sejak 2007.
~ Harimau Malaya, Kami Selalu Ada, Walau Di Mana Berada, Kami Di Sini, Terus Menjadi..Ekor Harimau Sejati ~