Mauricio Pochettino diceraikan akibat terlalu lama Tottenham Hotspur berbulan madu.
Kerusi panas kelab yang berpangkalan London itu bagaimanapun pantas mempunyai pengganti dengan kembalinya Jose Mourinho untuk mencuba nasib bersama kelab ketiganya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Sesudah membawa siri kejayaan kepada bekas kelabnya, Chelsea dan Manchester United, dalam kancah liga tersohor di dunia itu, Spurs seperti enggan menoleh lagi ke arah bibit-bibit manis di antara mereka dengan Pochettino apabila pantas mengakhiri jodoh berusia empat tahun setengah itu.
Walaupun berdepan krisis kecederaan pemain sepanjang merintis ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UCL) 2019, Pochettino mampu melepasi rintangan dengan taktikalnya yang tepat. Meskipun terpaksa akur kejuaraan adalah milik Liverpool, tetapi bagi yang menyaksikan perlawanan itu, tidak dapat disangkal lagi Spurs adalah pasukan yang lebih baik.

Tetapi bola sepak moden tidak mahu mengenang lama kisah seperti itu. Sejak bergelut di tangga pertengahan liga pada awal musim, masa depan pengurus kelahiran Argentina itu menjadi topik hangat.
Biarpun sebelum ini sempat dikaitkan beberapa kelab gergasi seperti Real Madrid dan Manchester United, bekas pertahanan itu berulang kali menyatakan kesetiaannya kepada Spurs tetapi kelmarin, ia akhirnya terlerai juga.
"Mungkin kelab ini patut tukar penerangan jawatan saya ini kerana tugas saya ketika ini hanya melatih pasukan," menurut Pochettino dalam www.sportinglife.com pada Julai lalu, bagi menyuarakan kebimbangannya mengenai kekurangan aktiviti pembelian dan penjualan pemain selain sering meminggirkan penglibatannya dalam urusan berkenaan.
Memetik laporan The Sun pula, legenda kelab itu, Gary Lineker, secara sinisnya mengucapkan semoga berjaya kepada kelab yang kini menduduki tangga ke-14 itu setelah memecat pengurus yang memastikan tiket UCL buat mereka selama empat musim berturut-turut.
Kurang 24 jam selepas mengambil tindakan drastik itu, Mourinho diumumkan sebagai penggantinya -- pemecatannya tidaklah memeranjatkan cuma sosok pengganti agak menghairankan, lebih-lebih lagi watak kedua-duanya ketara bezanya.
Seperti Pep Guardiola, taktikal menyerang Marcelo Bielsa turut menjadi panduan kepada Pochettino dan secara beransur-ansur, menjadikan kelab yang telah ditubuhkan sejak 137 tahun itu kembali sebagai sebuah pasukan yang digeruni.
Mourinho pula sebelum berdepan pemecatannya di Old Trafford Disember tahun lalu, pula sempat berbalah dengan anak buahnya sendiri, Paul Pogba, yang memuat naik ayat, "attack, attack, attack" (serang, serang, serang) di laman Instagram.
Ia dipercayai ditujukan kepada pengurus itu tatkala kekeruhan hubungan mereka semakin memuncak.
Kali terakhir, mereka memenangi gelaran ke-24 adalah 2008 dengan memenangi Piala Liga Inggeris. Barangkali akibat taksub dengan trofi, reputasi 25 trofi utama di Portugal, England, Sepanyol mahupun Itali dalam koleksi Mourinho mengujakan Pengerusi Eksekutif Spurs, Daniel Levy.
Pengurus yang pernah menjulang kejuaraan 'treble' bersama Inter Milan itu tidak mengambil masa yang lama untuk mengangkat struktur majikan barunya itu dengan memuji pemain yang dimiliki skuad utama dan akademi.
Barangkali ia satu isyarat bahawa Mourinho sudah bersedia mencorak kaedah baru dalam bidang pengurusannya dengan membawa empat pembantu senegaranya yang akan bertindak sebagai pembantu pengurus, jurulatih penjaga gol, penganalis dan teknikal taktikal bagi memantapkan usaha ke arah itu.
Kisah seperti Leicester City berulang lagi, cuma kisah Claudio Ranieri lebih hebat kerana hilang jawatan dengan kejayaan.
Namun, pasti tidak lama untuk Pochettino diburu kelab-kelab lain.