RENCANA
Pingat emas pertama Olimpik Malaysia bakal tercipta di Paris 2024??
Sukan Olimpik di anggap sebagai puncak kejayaan dalam sukan bagi banyak negara, termasuk Malaysia.
Prestasi yang cemerlang di Sukan Olimpik Dunia bukan sahaja mencerminkan kejayaan individu atlet tetapi juga tahap kemajuan dan sokongan terhadap sukan di negara tersebut. Sukan ini membawa prestij antarabangsa, di mana kejayaan di peringkat antarabangsa meningkatkan imej negara di mata dunia. Sekaligus meningkatkan ekonomi negara sekiranya Malaysia dikenali di mata dunia. Selain itu, kejayaan atlet Malaysia di Sukan Olimpik juga berfungsi sebagai sumber inspirasi dan motivasi kepada generasi muda. Atlet yang berjaya, seperti Datuk Lee Chong Wei dalam badminton, Datuk Pandelela Rinong dalam sukan terjun, Dato Azizul Hasni Awang dalam sukan basikal menjadi ikon yang membanggakan dan mendorong minat dan cita-cita anak muda untuk menceburi bidang sukan dan berjaya dalam kehidupan. Mereka bukan sahaja mengharumkan nama negara tetapi juga membuka mata rakyat Malaysia tentang potensi bidang sukan Negara sekaligus menaikan imej Malaysia di mata dunia.
Malaysia mempunyai peluang yang signifikan untuk memenangi pingat emas pertama mereka di Sukan Olimpik Paris 2024, dengan anggaran peluang keseluruhan sekitar 45.3% melalui Prinsip Kebarangkalian Kompliment (Dimitri P. Bertsekas dan John N. Tsitsiklis, 2000). Ini adalah berdasarkan prestasi dan potensi atlet Malaysia semasa dalam pelbagai jenis sukan seperti badminton, berbasikal, terjun, memanah, olahraga, dan angkat berat. Setiap sukan menyumbang kepada kebarangkalian keseluruhan, menunjukkan bahawa harapan untuk meraih emas adalah realistik. Badminton merupakan salah satu sukan di mana Malaysia mempunyai peluang besar untuk menang, dengan anggaran kebarangkalian 20%. Pemain seperti Lee Zii Jia dan pasangan beregu campuran telah menunjukkan prestasi cemerlang di peringkat antarabangsa. Selain itu, sukan berbasikal juga menyumbang 15% kepada peluang keseluruhan, terutama melalui pelumba basikal trek seperti Azizulhasni Awang yang konsisten dan telah memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Peluang Emas Olimpik Pertama Malaysia melalui Prinsip Kebarangkalian Kompliment (Jay L. Devore,2010) tinggi dari 2 jenis sukan ini iaitu badminton dan basikal.
Iklan
Dalam sukan terjun pula, kejayaan atlet Datuk Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong menunjukkan prestasi yang konsisten, dengan kebarangkalian 10% melalui analisis AI generatif untuk menyumbang Emas di kejohanan Olimpik Paris 2024. Mereka berdua telah meraih pingat dalam kejohanan antarabangsa sebelum ini dan terus menunjukkan peningkatan. Namun begitu atas faktor persaraan dan isu kelayakan, harapan Malaysia terkini adalah terletak kepada bahu Bertrand Rhodict Lises – Terjun (Platform 10m Lelaki) dan Nur Dhabitah Sabri – Terjun (Papan Anjal 3mWanita) bagi meraih emas di Olimpik Paris 2024. Sementara itu, dalam sukan memanah, kejayaan atlet seperti Khairul Anuar Mohamad memberikan harapan dengan prestasi yang semakin meningkat, menyumbang 5% melalui analisis AI generatif kepada peluang keseluruhan. Namun begitu harapan acara memanah untuk perolehi pingat emas di Olimpik Paris telah berubah kepada Ariana Nur Dania Mohamad Zairi Memanah (Individu Wanita, Berpasukan Wanita), Syaqiera Mashayikh – Memanah (Berpasukan Wanita) dan Nurul Azreena Mohamad Fazil – Memanah (Berpasukan Wanita) atas faktor kelayakan ke Olimpik.
Walaupun kebarangkalian dalam sukan olahraga dan angkat berat lebih rendah, masing-masing 3% dan 2%, terdapat potensi untuk kejayaan jika persiapan dan latihan dilakukan dengan rapi. Atlet olahraga Malaysia menunjukkan peningkatan dalam acara seperti pecut melalui Azeem Fahmi – Olahraga (100m Lelaki), manakala angkat berat menyaksikan prestasi baik dari atlet seperti Mohamad Aniq Kasdan – Angkat Berat (Kategori 61kg Lelaki). Gabungan kebarangkalian dari sukan-sukan ini menghasilkan peluang keseluruhan yang kukuh untuk Malaysia meraih pingat emas pertama di Sukan Olimpik Paris 2024 sekaligus memecah tembok dinding yang menjadi sejarah pertama buat Malaysia. Malaysia mempunyai peluang yang signifikan untuk memenangi pingat emas pertama di Sukan Olimpik Paris 2024, dengan anggaran peluang keseluruhan sekitar 45.3% melalui Prinsip Kebarangkalian Kompliment (Sheldon Ross,2014). Ini berdasarkan prestasi dan potensi atlet Malaysia dalam pelbagai acara sukan seperti badminton, berbasikal, terjun, memanah, olahraga, dan angkat berat. Setiap sukan menyumbang kepada kebarangkalian keseluruhan, menunjukkan bahawa harapan untuk meraih emas adalah realistik.
Untuk mengira peluang keseluruhan ini, kita menggunakan prinsip kebarangkalian komplement. Pertama, kita kenal pasti kebarangkalian tidak menang emas untuk setiap sukan: Badminton (0.80), Berbasikal (0.85), Terjun (0.90), Memanah (0.95), Olahraga (0.97), Angkat Berat (0.98), dan Sukan Lain (0.99). Seterusnya, kita mendarabkan semua kebarangkalian ini untuk mendapatkan peluang tidak menang emas dalam mana-mana sukan. Hasilnya adalah 0.547. Oleh itu, peluang untuk menang sekurang-kurangnya satu emas adalah 1 - 0.547 = 0.453 atau 45.3%. Analisis prinsip kebarangkalian komplement seperti ini penting kerana ia membantu dalam perancangan dan persiapan atlet serta pengurus sukan. Dengan memahami kebarangkalian dan potensi kemenangan, pihak yang berkaitan boleh membuat keputusan yang lebih baik terhadap latihan, strategi, dan sumber yang perlu di berikan kepada atlet. Ini juga memberi motivasi tambahan kepada atlet untuk berusaha lebih keras dan fokus dalam mencapai matlamat mereka. Dengan peluang keseluruhan sekitar 45.3%, Malaysia berada dalam posisi yang baik untuk memenangi pingat emas pertama di Sukan Olimpik Paris 2024 sekaligus mencipta sejarah pertama buat Negara Malaysia. Harapan dan persiapan yang rapi akan memainkan peranan penting dalam merealisasikan impian ini.
Untuk mengira kebarangkalian baru bagi Malaysia memenangi pingat emas pertama di Sukan Olimpik Paris 2024, kita perlu mempertimbangkan faktor terkini dan pembolehubah lain yang mungkin mempengaruhi peluang ini. Beberapa faktor yang boleh diambil kira termasuk prestasi terkini atlet seperti penilaian prestasi mereka dalam kejohanan antarabangsa, kecederaan atau pemulihan atlet utama, dan peningkatan prestasi pesaing dari negara lain. Perubahan dalam latihan dan strategi juga memainkan peranan penting, termasuk penggunaan teknologi baru dalam latihan, perubahan dalam teknik atau strategi yang diterapkan oleh jurulatih, serta pelaburan dalam kemudahan latihan dan penyelidikan sains sukan. Selain itu, kondisi psikologi dan motivasi atlet juga penting dalam menentukan kebarangkalian kemenangan. Moral dan motivasi pasukan, serta pengaruh psikologi pertandingan besar terhadap atlet, boleh memberi impak besar. Sokongan institusi dan dana juga harus diambil kira, termasuk bantuan kewangan dan sumber dari kerajaan dan institusi sukan, serta sokongan komuniti dan program pembangunan bakat. Dengan
mempertimbangkan semua faktor ini, peluang Malaysia untuk memenangi pingat emas pertama di Sukan Olimpik Paris 2024 boleh meningkat dengan ketara.
Kesimpulannya. kejayaan di Sukan Olimpik turut memberi impak positif kepada pembangunan sukan di Malaysia. Ia sering membawa kepada peningkatan dalam sokongan dan pelaburan dalam kemudahan, program latihan, dan bantuan kepada atlet. Industri sukan sendiri menyumbang secara langsung kepada ekonomi dengan menyediakan pekerjaan dan mencipta peluang perniagaan. Ini termasuk pekerjaan dalam bidang kejurulatihan, pemasaran, penyiaran, dan pengurusan acara. Selain itu, industri sukan juga menarik pelaburan asing melalui penajaan dan hak penyiaran. Misalnya, penganjuran acara sukan besar seperti Sukan Olimpik atau Piala Dunia boleh menjana pendapatan yang besar melalui penjualan tiket, siaran langsung, dan penajaan. Sukan Olimpik memberikan impak ekonomi yang positif melalui promosi pelancongan dan peningkatan kesedaran global tentang Malaysia. Ini juga membantu dalam mempromosikan gaya hidup sihat dan perpaduan negara, menjadikan sukan sebagai satu elemen penting dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Akhir kata dengan hikmah kita teroka, KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA
Coretan,
Ts Dr Hadafi Fitri Mohd Latip
Penganalisis Sukan Malaysia
Must-Watch Video