Tatkala laungan "It's coming home" daripada penyokong-penyokong England yang optimis kemampuan The Three Lions untuk menjulang Piala Dunia kali ini kerap kedengaran, tumpuan peminat bola sepak di seluruh dunia pastinya terlebih dahulu akan terarah kepada satu lagi aksi separuh akhir di antara Perancis dan Belgium.
Les Bleus tetap menepati ramalan untuk melangkah jauh dalam saingan di Russia walaupun tidak menampilkan aksi meyakinkan ketika peringkat kumpulan, namun Belgium adalah salah satu daripada tiga pasukan yang meraih mata maksimum untuk melangkah ke pusingan kalah mati.
Muncul juara Kumpulan G menerusi kutipan sembilan mata, Belgium pastinya mahu menjadikan tahun 2018 sebagai detik terbaik untuk meraih status juara dunia berbekalkan barisan generasi emas yang dimiliki ketika ini, terutama setelah menyingkirkan salah satu pilihan utama, Brazil.

Bagaimanapun, aksi di Saint Petersburg pada awal pagi Rabu ini bakal diserikan dengan penampilan seorang legenda yang tentunya mencuri perhatian umum, iaitu Thierry Henry.
Pemenang Piala Dunia 1998, Euro 2000, Piala Konfederasi 2003 serta naib juara Piala Dunia 2006 itu kini memegang jawatan pembantu jurulatih buat Roberto Martinez dalam kem Belgium setelah dilantik pada 2016 bersama-sama Graeme Jones, Erwin Lemmens dan Inaki Bergara.

Apa yang menarik, sejak Martinez mengemudi skuad The Red Devils bersama barisan kejurulatihan yang dipilih, Belgium mencatat rekod yang begitu memberangsangkan apabila mengutip purata 2.46 mata, sehingga 6 Julai 2018.
Namun, semestinya Henry akan lebih mencuri perhatian dalam aksi separuh akhir Piala Dunia kali ini kerana dia bakal berdepan dengan pasukan negaranya sendiri.
Skuad Les Bleus hadir ke Russia dengan misi untuk mengembalikan kemasyhuran yang dicipta 20 tahun lalu apabila menjulang trofi Piala Dunia di laman sendiri dan ketika itu, Henry merupakan salah seorang pemain yang membarisi skuad kendalian Aime Jacquet itu.

Gagal mengulangi pencapaian sama pada 2006, Perancis yang kini di bawah bimbingan Didier Deschamps itu kini berada di landasan terbaik untuk meletakkan bintang kedua pada jersi mereka, terutama setelah muncul naib juara Euro 2016.
Penyerang Perancis, Olivier Giroud, menambahkan kehangatan pertembungan separuh akhir apabila mendedahkan bahawa rakan sepasukannya tidak sabar untuk membuktikan bahawa keputusan legenda kelahiran Les Ulis, Paris itu untuk memilih Belgium sebagai destinasi kejurulatihannya adalah satu tindakan yang salah.
Selain itu, Lucas Hernandez yang merupakan bek kiri utama Perancis ketika ini turut sama "menambah perisa" apabila menyatakan keyakinan legenda negaranya itu akan tetap bergembira walaupun seandainya Belgium gagal meneruskan hasrat untuk mara ke final pertama Piala Dunia.

Tidak kira apa yang akan berlaku di Saint Petersburg, Henry sudah pasti sudah bersedia untuk menghadapi bahang saingan separuh akhir walaupun dia mungkin perlu mengorbankan rasa cinta buat seketika terhadap negara kelahirannya.