Dikenali dengan wajah cantik dan senyuman manis, Izzah ambil keputusan untuk meninggalkan separuh nyawanya – cinta terhadap sukan gimnastik berirama tatkala usia mencecah 22 tahun.
Mungkin ada yang berpendapat masih terlalu awal untuk Izzah gantung kasut namun gadis kelahiran Pahang ini ada perancangan tersendiri. Menjadi seorang atlet tak terkecuali untuk mengalami kecederaan dan kondisinya turut menjadi salah satu faktor kepada persaraan tersebut.
Dalam sesi temubual bersama Izzah di atas talian, dia turut berkongsi kehidupan selepas persaraan seperti tiada beza semasa masih menjadi atlet negara. Izzah masih bergiat aktif namun kariernya kini beralih arah kepada seorang jurulatih sukan gimrama dan bertanggungjawab kepada pelapis berpotensi negara.
Dalam masa sama, Izzah kini ambil peluang dengan masa yang terluang selain bekerja selaku jurulatih, diisi dengan menyambung pengajian ke sarjana muda dalam kursus cikgu bahasa inggeris.
Jika ditanya mengenai apa yang paling dirindui semasa bergelar atlet, Izzah menganggap peluang untuk melancong semasa menghadiri kejohanan adalah sesuatu yang istimewa.
Harapan pemenang pingat perak dan gangsa Sukan Komanwel ini juga agar ramai anak muda yang ingin menceburi sukan ini bermotivasi tinggi, untuk berada di atas podium menyanyikan lagu Negaraku adalah sesuatu yang bukan mudah dan perasaannya tidak dapat digambarkan.