Tahniah kepada tujuh pemain skuad hoki wanita negara selepas ditawarkan peluang beraksi dengan kelab-kelab hoki Eropah dari Jerman, Itali dan Scotland.
Situasi ini dilihat mampu menjadi titik permulaan untuk melihat lebih ramai pemain wanita negara dapat mengembangkan karier mereka dalam misi meningkatkan taraf keupayaan pasukan kebangsaan ke satu tahap lebih tinggi.
Bintang muda negara, Hanis Nadiah Onn dan Wan Norfaiezah Saiuti mendapat tawaran bermain dengan Zehlendorfer Wespen di Jerman, sementara Fatin Shafika Sukri serta pakar flick, Nuraini Abdul Rashid akan menyarung jersi kelab Itali, Butterfly Hockey Roma.
Tiga lagi pemain yang berpeluang menimba ilmu serta pengalaman berharga di benua Eropah ialah Raja Norsharina Raja Shabuddin, Surizan Awang Noh dan Nuraslinda Said yang disunting Uddingston dari Scotland.
Bagaimanapun, ketujuh-tujuh pemain ini perlu mempunyai objektif yang sama, bukannya sekadar bermain di luar negara sahaja sudah memadai.
Mereka perlu ‘mencuri’ teknik-teknik yang menjadikan bagaimana negara-negara berkenaan mampu menjadi antara kuasa hoki wanita dunia seperti Jerman yang kini menghuni keenam dunia, Itali di tempat ke-17 dunia dan Scotland pula pada tangga ke-18 dunia.
Matang dalam memahami strategi dan tugas mereka dalam padang selain mempelajari aspek profesionalisme, gaya permainan agresif, kaedah terbaharu teknologi sains sukan serta komunikasi dua hala dengan jurulatih.
Ia telah lama dilakukan oleh skuad lelaki kebangsaan bermula dari tahun 1996 apabila bekas ketua jurulatih negara, Paul Lissek menjadi pelopor menawarkan tawaran kepada beberapa pemain termasuk saya sendiri ke Jerman.
Sejak daripada itu, beberapa kelab di Jerman pula menawarkan peluang tersebut kepada para pemain negara.
Prestasi skuad wanita negara sememangnya sudah meningkat secara keseluruhan sejak Muhammad Dhaarma Raj Abdullah dilantik menjadi ketua jurulatih dan masih tiada tandingan dalam rantau Asia Tenggara, sama seperti skuad lelaki kebangsaan.
Jika skuad wanita yang kini menghuni ranking 22 dunia, mahu melonjak ke tahap lebih tinggi, perancangan yang teliti perlu dilaksanakan dan salah satunya ialah pemain-pemain harus bermain lebih banyak aksi kompetitif terutama menentang pemain-pemain dari Eropah.
Perancangan teliti juga harusdilaksanakan dengan pembangunan pemain perlu giat diperhebatkan, memantapkan lagi Liga Hoki Wanita Malaysia dari segi kualiti dan komersial serta pendedahan bertarung dengan negara dalam kelompok 15 terbaik dunia.
Saya percaya sekiranya semua ini dilakukan, tidak mustahil Malaysian Tigress mampu menghuni kelompok 15 terbaik dunia dan mungkin para peminat hoki tanah air mampu melihat mereka membuat penampilan di pentas Piala Dunia dan Sukan Olimpik.