Perseteruan Raheem Sterling dan Joe Gomez bermula ketika menyarung jersi kelab masing-masing, Manchester City dan Liverpool, tetapi impaknya dirasai seluruh pasukan kebangsaan England dengan pengendalinya, Gareth Southgate, memilih pendekatan tegas dalam menangani permasalahan kedua-dua pemain muda itu.
Tindakan Sterling dan Gomez menyambung pertikaman lidah di Anfield, Ahad lalu ke pusat latihan St George's Park dalam persiapan menggalas tugasan negara berdepan Montenegro di Wembley kelihatan agak menjengkelkan dan kurang matang.
Perkara itu mendapat perhatian serius Southgate, yang kemudiannya perlu menghukum Sterling kerana lebih melangkaui batas berbanding Gomez menerusi sentuhan fizikal yang berlaku.
Keterbukaan Southgate menghukum Sterling dengan menggugurkannya dari senarai pemain, menyaksikan berlakunya percanggahan pendapat dengan sejumlah besar penyokong The Three Lions, yang tidak puas hati dengan Gomez.
Maka, insiden pertahanan England itu diejek 77, 000 penyokong ketika masuk sebagai pemain gantian pada lewat permainan sebenarnya sudah pun dijangkakan terjadi.
Namun, disebalik kontroversi itu, skuad The Three Lions berkenaan mempamerkan tindak balas segera dengan merekod kemenangan penuh bergaya dalam aksi ke-1000 England, menundukkan Montenegro 7-0 untuk secara automatiknya mengesahkan tempat ke pusingan akhir Euro 2020.
Ia satu risiko yang cukup berbaloi buat Southgate dengan England terus diletakkan sebagai antara calon terbaik untuk membawa pulang kejuaraan.
Kecemerlangan yang tetap dipamerkan England tanpa Sterling juga menunjukkan England dibarisi pemain penuh potensi yang mampu menangani sebarang masalah yang tidak dijangka sepanjang kejohanan yang akan berlangsung tahun hadapan.
Antara yang sedang memimpin senarai pemain tonggak sudah pasti, Harry Kane, yang mendaki ke tangga keenam senarai penjaring terbanyak England selepas meledakkan hatrik dalam babak pertama untuk merekod keseluruhan jaringannya bagi kempen kelayakan kepada 11 gol dalam tujuh perlawanan.
Alex Oxlade-Chamberlain dan Marcus Rashford turut mencuri tumpuan serta Tammy Abraham yang mencetak gol pertamanya dalam kancah antarabangsa untuk England mengesahkan kedudukan teratas Kumpulan A dengan meledak 33 gol.
Sterling pula bagaimana? Pemain berusia 24 tahun itu nampaknya sudah pun mengibarkan bendera putih tanda berdamai dengan turut memberi penghargaan sebaik Gomez diumum menggantikan Mason Mount.
Penyerang Liverpool itu kemudiannya melahirkan perasaan sedih dalam ciapannya di Twitter serta memohon maaf dan sokongan semua pihak untuk tidak bertindak kejam kepada Gomez kerana segala yang berlaku adalah berpunca daripada kesilapannya.
Nampaknya, penyokong England pun sudah boleh bertenang kerana tiada apa yang tersimpul lagi.
Biasalah, adik-beradik bergaduh kan.