Ketika menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Liverpool dan berhijrah ke Barcelona pada 2018, ia telah mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat-peminat Liverpool.
Kecaman demi kecaman dan kritikan diterima Philippe Coutinho namun ia tidak menjejaskan hasratnya untuk berhijrah. Dengan reputasi sebagai penyerang utama dan penjaring terbanyak Liverpool ketika itu sudah pastilah Coutinho mempunyai impian untuk mencipta kejayaan diperingkat Eropah , namun setelah lima musim bersama Liverpool ia masih tidak menemui impian yang diinginkan. Penghijrahan ke Barcelona masih lagi tidak dapat mengejar apa yang dimpikan Coutinho.
Walaupun berjaya menjulang La Liga bersama Barcelona pada musim pertamanya namun nasib dirinya didalam pasukan sebagai pemain utama masih tidak menentu.
Sekali lagi Coutinho memperjudikan kerjayanya dan masa depannya dalam industri bola sepak apabila membuat keputusan berhijrah ke Bundesliga bersama Bayern Munich untuk merubah nasibnya dalam mengejar impiannya pada musim 2019-2020 untuk mencipta kejayaan di peringkat Eropah khususnya.
Di Bayern Munich, walaupun statusnya sebagai pemain pinjaman dari Barcelona tetapi ia telah menunjukan tanda positif apabila beliau sering juga diturunkan sebagai pemain utama untuk membantu Bayern Munich dalam memburu kejuaraan.
Akhirnya dengan penghijrahan kali ini ia telah merubah nasib Coutinho apabila berjaya menjulang kejuaraan berganda untuk Bayern Munich musim ini apabila berjaya menggekalkan kejuaraan Budesliga, Piala DFP-Pokal dan terkini muncul juara piala yang diimpikan oleh setiap pemain terbaik didunia begitu juga dengan Coutinho iaitu Piala Liga Juara-juara Eropah.
Itulah hasilnya apabila bijak dan berani dalam membuat keputusan untuk menentukan hala tuju dalam membina kerjaya selain memikirkan apa yang terbaik untuk dirinya.
Pada pandangan penulis, inilah contoh terbaik yang perlu dipelajari oleh setiap pemain-pemain professional dalam negara kita terutamanya kepada pemain-pemain muda tempatan. Lihatlah bagaimana beraninya Coutinho mengambil risiko dalam memperjudikan nasib kerjayanya demi mengejar impian untuk mengapai cita-citanya.

Yakin dengan keputusannya itu ia telah membuahkan hasil walaupun pada awalnya ramai yang merasa sangsi dengan setiap keputusan yang dibuatnya. Berlatar belakangkan anak seorang arkitek, itu kemungkinan yang banyak mempengaruhi keputusannya selain didampingi oleh orang-orang bijak pandai.
Inilah yang dinamakan hijrah satu pengorbanan yang dilakukan Coutinho akhirnya pengorbanan itu dibalas dengan kejayaan. Walaupun kadangkala keputusan itu sukar namun setiap individu itu perlu berani mengambil risiko dan perlu yakin dengan keputusan dibuatnya.
Buanglah sikap ikut kawan-kawan sebagaimana yang sering berlaku dalam industri bola sepak Malaysia dan telah menjadi satu budaya sehingga kini. Jadikanlah keputusan diri sendiri itu sebagai panduan dan pedoman pada orang lain untuk contohi.
Kepada pemain-pemain muda tempatan juga bijaklah dalam memilih kawan-kawan supaya keputusan yang dibuat itu nanti dapat disokong oleh mereka dan bukan dipengaruhi serta dikuasai oleh mereka. Jadikanlah kisah Philippe Coutinho sebagai pendoman dan pengajaran kepada kita untuk berjaya serta yakin dengan kemampuan diri sendiri.

100% - FC Bayern München are the first side in European Cup/Champions League history to win 100% of their games in a single campaign en route to lifting the trophy (11 wins). Flawless. #PSGFCB #UCLfinal pic.twitter.com/taT6pn23Ik
— OptaJoe (@OptaJoe) August 23, 2020