Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sekali lagi terpaksa menunda tarikh penganjuran Piala Thomas dan Uber 2020 di Aarhus, Denmark.
Ia sepatutnya pada bulan depan, 16 hingga 24 Mei, namun ditunda pada 15 hingga 23 Ogos gara-gara penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
Bagaimanapun menerusi kenyataan media yang dikeluarkan badan induk itu pada Rabu, BWF terpaksa mengubah lagi sekali jadual saingan berprestij itu pada Oktober selepas kerajaan Denmark meneruskan tempoh larangan sebarang aktiviti berkumpulan secara besar-besaran di negara itu.
Imbas balik dua tahun lalu di Bangkok, Thailand, Jepun tewas 1-3 kepada China dalam perebutan juara Piala Thomas disebalik meraih juara Piala Uber. Untuk China, ia mengembalikan semula maruah mereka sebagai kuasa besar dalam arena badminton dunia, manakala harapan untuk anak buah Park Joo Bong menjulang semula piala itu buat kali kedua berkecai.
Berbalik dengan penundaan kali ketiga oleh BWF mengenai saingan berpasukan itu pada hujung tahun ini, ia seakan beri ruang terbaik buat Jepun, secara spesifik perseorangan lelaki terbaik mereka, Kento Momota untuk bersiap. Ingat kembali tragedi yang menimpa pemain itu sejurus memenangi Kejohanan Masters Malaysia pada Januari, terlibat dengan kemalangan ketika hendak pulang sehingga meragut nyawa pemandu van dinaiki, N.Bavan.
Kemalangan itu menyebabkan Momota mengalami kecederaan, meskipun bukan serius, doktor menasihatkannya untuk tidak terlibat dengan sebarang aktiviti lasak dalam tempoh pemulihan, dan spekulasi untuk dirinya membantu negara Matahari Terbit beraksi di Piala Thomas juga samar. Ditambah tidak lama selepas itu, dia terpaksa menjalani satu lagi pembedahan di bahagian soket mata kirinya.
Momota dalam satu petikan temubual bersama Olympic Channel, mendedahkan dia hampir ingin bersara sejurus terlibat dengan kemalangan itu.
Dengan kebanyakan negara kini dalam tempoh berkurung, ia mungkin dianggap tempoh yang baik juga buat Momota untuk kembali pulih, dan siapa tahu dia akan kembali memimpin Jepun menjulang semula Piala Thomas Oktober depan.