RENCANA
Pastikan tragedi 1991 tidak berulang
Tanggal 28 November 1991 di Stadium Memorial Rizal, berlaku detik hitam sejarah bola sepak negara apabila skuad kebangsaan kendalian Rahim Abdullah tumpas 0-1 di tangan Filipina.
Kekalahan dalam aksi Kumpulan B Sukan SEA 1991 itu,turut menyaksilan buat julung kalinya barisan negara gagal melangkah ke separuh akhir.
Jaringan tunggal Filipina oleh Norman Salo Fegidero pada minit ke-84 itu juga ibarat satu sumpahan buat skuad negara yang terus gagal ke separuh akhir dalam Sukan SEA edisi 1993 (Singapura), 1995 (Chiangmai), 1997 (Jakarta) sehingga 1999 (Brunei).
Iklan
Kini, barisan negara kendalian Datuk Ong Kim Swee seakan-akan berkemungkinan berdepan situasi hampir sama apabila berdepan Filipina, di stadium sama dalam aksi getir Kumpulan A Sukan SEA 2019, esok.
Apa pun, penulis optimis tiada sebab detik hitam 28 tahun lalu itu perlu berulang ketika ini.
Berbeza dengan senario bola sepak negara pada 1991, kita kini mempunyai skuad bawah 19 tahun ampuh yang sudah layak ke pusingan akhir AFC Bawah 19 tahun.
Sementara itu, barisan senior kendalian Tan Cheng Hoe ketika ini juga memberi cabaran yang kuat dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Filipina juga sudah beraksi lebih satu perlawanan berbanding Malaysia dan kekalahan 1-2 kepada Myanmar, membuatkan tuan rumah lebih tertekan untuk merakamkan tiga mata berbanding barisan negara.
Cuma kini, kapten pasukan, Adam Nor Azlin, dan rakan-rakan perlu memastikan sejarah hitam 1991 tidak berulang di atas padang.
Selepas sekadar seri 1-1 dengan Myanmar dalam aksi pertama, sudah pasti Kim Swee sudah merangka pendekatan terbaik untuk meraih tiga mata wajib.
Must-Watch Video