Skip to main content

Rencana

Palembang medan kebangkitan penembak negara?

menembak-suryani.jpg
Aksi hambar di Sukan Komanwel Gold Coast pada April lalu kini seakan menjelmakan keazaman tinggi buat penembak negara untuk kembali bangkit di Sukan Asia Indonesia, Ogos depan.

Bagi penembak senior negara, Nur Suryani Taibi, tidak mustahil Lapang Sasar Jakabaring kembali memberi tuah buat dirinya selepas meraih dua emas di sana ketika Sukan Sea 2011.

"Saya bukan mahu memberikan alasan, tetapi hakikatnya keadaan angin di Gold Coast sukar dijangka dan ia memang memberi kesukaran buat semua penembak di sana.

"Di Palembang, saya pernah meraih emas ketika Sukan Sea 2011 dan insyaallah, saya percaya tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di sana," kata Suryani.

Dalam pada itu, seorang lagi penembak negara, Ezuan Nasir Khan berharap adanya peruntukkan buat skuad menembak negara menjalani persiapan di luar negara sebelum ke Sukan Asia pada Ogos.

Tiada jaminan latihan di luar negara mampu membutirkan pingat namun, Ezuan percaya ia mampu memastikan penembak negara bersedia menghadapi temasya itu.

"Sebelum ke Gold Coast, kami tidak menjalani sebarang latihan di luar negara dan memang ia sedikit memberi kesan kepada aksi kami.

"Namun jika terdapat latihan pusat di luar negara, mungkin kami akan lebih sedia daripada segi mental dan juga suasana pertandingan," kata Ezuan yang beraksi dalam acara 50 Meter Rifle Prone dan 10 Meter Airf Rifle di Gold Coast.

Advertisement

Must Watch Video