Kejayaan menjulang Piala FA 2016 telah membuatkan anak-anak buah Mario Gomez terus bernafsu untuk memburu kejuaraan Liga Super 2016.
Dengan menewaskan Pahang dengan jumlah jaringan yang besar telah memperlihatkan bagaimana garangnya pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam memburu impian Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail untuk mencipta kejayaan.
Berbeza pula dengan pasukan Pahang yang sungguh malang nasib mereka tahun ini, dimana setiap perancangan yang dilakukan oleh Persatuan Bola sepak Negeri Pahang serba tidak menjadi. Dengan mempertaruhkan pemain-pemain muda tahun ini untuk bersaing dalam Liga Super, prestasi dan kedudukan Tok Gajah sungguh mengecewakan peminat-peminat mereka.
Ini sudah tentu akan mendatangkan masalah kepada Razip Ismail apabila setiap perancangan yang dilakukan bagi memulihkan kembali moral dan semangat pemain-pemain muda ini, bukan satu tugas yang mudah kepada Razip dimana dengan reputasi yang dimiliki pasukan Pahang.
Pengurusan persatuan perlu juga bertanggunjawab bersama-sama Razip dengan prestasi yang kurang memberansangkan serta perlu memikirkan bagaimana untuk memulihkan kembali reputasi pasukan Pahang ketika ini.
Bagi peminat-peminat pasukan Pahang pula pada ketika inilah mereka perlu terus berdiri dibelakang pasukan kesayangan mereka. Janganlah bersorak kegembiraan ketika pasukan sedang mencipta nama, buktikanlah kepada pemain-pemain bahawa pahit dan manis juga peminat-peminat turut bersama.
Kepada orang-orang penting dalam persatuan negeri, lakukanlah sesuatu demi menjaga nama dan maruah pasukan Pahang. Jangan membiarkan pemain-pemain muda ini memikul beban sedangkan pengurusan tidak melakukan perancangan dalam memulihkan maruah dan mencari sumber kewangan dalam memperkukuhkan serta memperkasakan pasukan Pahang kembali.
Bukan tidak ada pemain-pemian berpotensi yang diketengahkan dalam pasukan Pahang tahun ini namun pengalaman pemain-pemain muda ini masih tidak mampu lagi menagani tekanan serta tidak ada pengalaman apabila berhadapan dalam keadaan getir.
Ini pengajaran kepada pengurusan persatuan janganlah hanya bijak memikirkan untuk menyekat hak-hak pemain tetapi perlu bijak mencari dana untuk kecerian pemain.