Ketika Liverpool dilihat mampu memberikan ancaman buat Real Madrid, segalanya bagai sudah tertulis bahawa Los Blancos akan menjuarai Liga Juara-Juara (UCL) buat kali ketiga berturut-turut.
Real berada dalam pusingan terakhir dalam usaha menjulang gelaran terbesar Eropah buat kali ketiga dalam tempoh tiga tahun. Gergasi Sepanyol itu bagaimanapun gagal mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan LaLiga tetapi berpeluang untuk membuktikan kredibiliti pasukan di Kiev, Sabtu ini.
Skuad kendalian Zinedine Zidane itu terpaksa melepaskan gelaran juara LaLiga kepada Barcelona tetapi menyingkirkan juara Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) -- pasukan yang dijangka pada awal musim mampu mendominasi Eropah -- dalam pusingan kalah mati, juara Itali, Juventus, dalam suku akhir dan seterusnya juara Jerman, Bayern Munich, untuk ke final.
Liverpool yang mengharungi undian yang dilihat lebih mudah -- dengan hanya Manchester City dilihat sebagai pencabar utama -- tetapi jentera serangan yang dibarisi Sadio Mane, Mohamed Salah dan Roberto Firmino menjadi tunjang perjalanan mereka melangkah ke final.
Ramai pihak yang mengkritik persembahan hambar Real dalam saingan LaLiga musim ini tetapi Los Blancos mencerminkan aksi yang berbeza ketika beraksi di Eropah. Dalam enam aksi peringkat kumpulan UCL, Real hanya tewas sekali kepada Tottenham Hotspur tetapi prestasi mereka meningkat sejak itu.
Ketika ini, mereka adalah pasukan yang berada di tahap terbaik dan mampu sekali lagi mencipta sejarah dalam UCL.
CRISTIANO RONALDO. Tidak diragui tuah Real dalam UCL dibantu aksi mantap daripada Ronaldo. Bintang Portugal ini merupakan kunci kejayaan pasukan dan dia sering kali memastikan pasukan berada di landasan mencetak kemenangan.
Pemain berusia 33 tahun itu merupakan penjaring terbanyak kejohanan dengan 15 gol dan dia bakal menjadi watak penting dalam aksi di Kiev nanti.
Ia memerlukan tahap motivasi yang tinggi untuk menjuarai saingan UCL dan Real tidak pernah ketandusannya. Terlepas gelaran LaLiga dan Copa del Rey, ia menjadikan gelaran hatrik UCL ini sebagai penamat yang indah buat mereka.
Mereka mungkin telah menakluk Eropah dua tahun berturut-turut tetapi Real tidak memiliki pilihan lain untuk terus menjuarainya bagi mengelak menamatkan saingan tanpa sebarang kejuaraan.
Bekas pemain Manchester United, Ryan Giggs, turut meluahkan pandangannya bahawa pengalaman Real bakal menjadi faktor utama di Kiev.
"Saya berasakan Real adalah pilihan untuk muncul juara, bukan kerana sejarah yang dimiliki kelab tetapi barisan pemain yang dimilikinya," katanya.
"Pemain-pemain yang berpengalaman beraksi di pentas tertinggi dan dalam aksi final meletakkan mereka di petak pertama menjuarai UCL musim ini."