Wolverhamton Wonderes FC merupakan satu jenama yang kurang mendapat perhatian dan sebutan dibibir peminat-peminat bola sepak dunia atau amnya bagi pencinta bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) di Malaysia.
Namun, semenjak kembali berada didalam saingan Liga Premier ini pada musim lalu, nama Wolves mula menjadi sebutan oleh pencinta-pencinta bola sepak Inggeris kerana pasukan Wolves ini menunjukan satu prestasi yang mampu memberi cabaran kepada pasukan-pasukan lebih hebat darinya.
Menduduki tangga ketujuh musim 2018/2019 telah meletakkan nama pasukan Wolves ini berada bersama-sama pasukan yang lebih gah daripadanya untuk bersaing diperingkat Eropah pula. Di bawah kendalian Nuno Espirito Santo dari Portugal ini ia telah merubah falsafah bola sepak Wolves.
Dengan membawa masuk pemain-pemain dari Portugal itu, ia telah memudahkan tugas Nuno untuk menerapkan corak permainan yang ingin diterjemahkan terutama apabila bertanding di Liga Eropah.
Sebagaimana yang kita semua tahu hari ini Wolves telah melakar satu sejarah semenjak Liga Eropah UEFA ini diperkenalkan pada 1971 apabila Wolves berjaya layak ke peringkat suku akhir buat pertama kalinya setelah menewaskan Olympiacos FC dengan agregat 2-1 setelah menang di laman sendiri 1-0 melalui jaringan Raul Jimenez pada minit ke 8.
Dengan formasi 3-4-3 yang dimainkan oleh Nuno itu telah memberi kelebihan kepada Wolves terutama ketika aspek menyerang dan bertahan secara berpasukan.
Ini telah dibuktikan oleh pemain-pemain Wolves walaupun Olympiacos menguasai permainan sebanyak 65% namun pemain-pemain hadapan Olympiacos tidak dapat menembusi benteng terakhir Wolves yang dipimpin oleh penjaga gol utama Wolves Rui Patricio. Kelincahan Youssef El-Arabi bersama gandingannya dibahagian hadapan Olympiacos iaitu Matthiew Valbuena mudah disekat oleh Conor Coady.
yang sentiasa menunjukan persefahaman yang baik bersama rakan-rakannya dibenteng pertahanan. Walapun ada 5 percubaan tepat yang dilakukan oleh pasukan Olympiacos namun ia tidak memberi kesan kerana begitu kolektif ketika bertahan secara berpasukan sehingga tamat perlawanan.
Kejayaan ini sudah pasti akan meningkatkan nama dan nilai komersial pasukan Wolves dipasaran dan sudah tentu juga Nuno berasa bangga dengan pencapaian pemain-pemainnya setakat ini.
Nuno juga ingin pastikan pemain-pemainnya melupakan seketika percutian mereka supaya terus fokus pada saingan suku akhir pada 12 Ogos ini apabila berhadapan dengan Sevilla di gelanggang mereka sendiri.
Bukan tugas mudah untuk Nuno dengan pemain-pemainnya namun dalam bola sepak segala-galanya boleh berlaku. Jadi kita nantikan apakah drama yang akan menanti pada perlawanan itu.