Sarawak sudah pun mendapat 'tiket' untuk pulang awal dalam saingan Piala Malaysia selepas hanya mendapat satu mata dalam empat perlawanan dalam Kumpulan D yang turut disertai JDT, Selangor dan Terengganu.
Tiada apa lagi yang mampu mengubah nasib Sarawak dalam saingan Piala Malaysia kerana segalanya telah berlaku.
Jika dilihat secara keseluruhan untuk musim 2017 Ngap Sayot, Dayang rasakan 'terlalu lama tidur' sehingga menghilangkan rasa gerun setiap lawan yang berdepan dengan pasukan Sarawak.
Menduduki tangga ke-11 dalam Liga Super dan hanya mampu mencipta tiga kemenangan dalam 18 perlawanan liga bukanlah satu perkara yang boleh dibanggakan.
Dayang berasakan sesuatu harus dilakukan oleh pihak pengurusan andai mahu mengembalikan zaman kegemilangan Sarawak seperti era Ramos Sari, Ramles Sari , Bobby Pian mahupun Mazlan Wahid.
Bukan Sarawak yang sekarang tidak bagus, cuma kedudukan di liga dan Piala Malaysia menunjukkan bahawa Bujang Senang tidak mampu bersaing rapat dengan lawan sekeliling.
Pernah dibimbing jurulatih terbilang, Datuk K. Rajagobal, Ngap Sayot masih tidak mampu muncul pencabar utama di saingan Liga Super dan hanya mampu memungut mata yang cukup-cukup makan untuk tidak terjerumus ke Liga Perdana.
Pencapaian terbaik Sarawak yang terbaru pun Dayang rasa adalah pada 2013 dimana mereka muncul juara Liga Perdana dan melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia. Selebihnya,tiada pencapaian yang mampu dibanggakan generasi kini.
Dengan David Usop yang meletakkan jawatan baru-baru ini atas alasan tidak mampu membawa Sarawak pergi lebih jauh, pengganti beliau Pengiran Bala berdepan cabaran getir untuk memastikan Ngap Sayot kekal di kancah liga super.
Biarpun laporan akhbar tempatan mengatakan Sarawak dan JDT ibarat langit dengan bumi, Dayang tetap berharap agar Pengiran Bala mampu mengemudi Sarawak agar terus kekal dalam Liga Super untuk musim ini, dan juga mampu mempersiapkan pasukan agar kembali menghadirkan rasa gerun pihak lawan setiap kali beraksi ataupun bertandang ke Stadium Negeri.