Jam sudah menunjukkan 12.40 pagi. Pemain-pemain Paris Saint-Germain (PSG) baru menuruni bas di hadapan Hotel Myriad di tengah kota raya Lisbon.
Suasananya ibarat satu perkabungan sedang berlaku.
Dalam pada itu, penyokong PSG yang hadir memberikan sokongan kepada mereka menyanyikan “Terima kasih, Paris… terima kasih.”
Ia sebenarnya jauh daripada dapat dijadikan penawar oleh mereka. Sedikit sagu hati ialah apabila
Neymar, pemain terakhir yang menuruni bas, melambai-lambai tanda penghargaan buat mereka.
Di dewan makan Hotel Myriad, satu sajian lewat malam disediakan. Sia-sia saja kerana pemain-pemain terus mengatur langkah ke bilik mereka tanpa menjamah apa-apa.
Mana mungkin mereka berasa lapar setelah ditundukkan Bayern Munich 1-0 dalam final Liga Juara-Juara UEFA (UCL) yang menafikan mereka kejuaraan sulung.
Saat-saat getir perlawanan itu terus bermain-main dalam kepala mereka sambal terngiang-ngiang dengan persoalan, antaranya mungkinkah keputusannya berbeza andai mereka lebih memanfaatkan peluang, mungkinkah gol tunggal Kingsley Coman dapat dihindarkan jika mereka bertahan dengan lebih baik.
Sesalan, pada waktu itu, bagaikan tidak berpenghujung. Kata-kata pengurus, Thomas Tuchel, dalam bilik persalinan selepas perlawanan, turut tidak mampu menjadi pengubat duka. Tidak juga presiden kelab, Nasser al-Khelaifi, yang menyatakan berbangga dengan mereka, dapat dijadikan halwa telinga.
Neymar, yang duduk diapit Kylian Mbappe, dan kapten, Thiago Silva, bergenangan air mata tanpa mampu dipujuk.
Penyerang Brazil itu, yang lazimnya ‘hidup’ dalam suasana perlawanan besar – seperti ketika menjuarai Copa Libertadores (2011), final UCL (2015) dan Sukan Olimpik di bumi sendiri (2016) – kali ini nyata mengecewakan.
Jika disorot semula, PSG memiliki peluang besar untuk menakluki perlawanan akhir dengan Bayern itu. Dibandingkan dengan tuntutan agar mereka lebih tajam dan rakus, mereka sebaliknya lebih meratapi peluang-peluang yang disia-siakan.
Barangkali, apa yang lebih mendukacitakan, seperti rumusan dibuat espn.com, Neymar dan Mbappe yang harus lebih dipersalahkan kerana gagal menyudahkan peluang. Mula-mulanya Neymar dan kemudian Mbappe, masing-masing di awal dan lewat dalam separuh masa pertama.

Daripada kedua-dua peluang itu saja, PSG harus sudah mampu dijulang selaku juara Eropah di sebalik Manuel Neuer terbukti amat tangkas di pintu gol Bayern sepanjang 90 minit perlawanan seimbang berkenaan.
Kini, Tuchel diura-urakan akan dipecat di sebalik ia harus sesuatu yang amat kejam kerana pengurus berbangsa Jerman itu baru saja mengemudi PSG ke final UCL buat julung-julung kali dalam sejarah kelab berkenaan.
Namun, di sebalik semua yang sudah berlaku, penting untuk kedua-dua Neymar dan Mbappe kekal di kelab itu.
Kalau tidak kerana apa-apa yang lain, ia adalah untuk mereka menebus peluang yang disia-siakan pada ketika ia menjadi garis pemisah di antara PSG bergelar juara dan kesudahannya terpaksa berpuas hati dengan kedudukan selaku naibnya.