Jika ada satu imej yang menyerlahkan Brazil dalam Piala Dunia 2018 ini, ia haruslah Neymar yang meronta-ronta kesakitan sambil menuntut simpati pengadil.
Malangnya, daripada ia dapat memberi sebarang kelebihan, sebaliknya ia mendatangkan masalah yang kesudahannya menjadi kerugian besar buat Brazil.
Lakonan keterlaluan bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu rata-rata dikutuk dan dipersenda oleh bekas pemain dan peminat bola sepak sepanjang tiga minggu ini di Russia.
Neymar bukanlah pemain pertama yang dituduh sengaja merebahkan diri untuk mendapatkan keuntungan dan dia juga tidak akan menjadi yang terakhir.
Namun, hakikat bahawa Neymar berguling-guling seolah-olah sedang menahan kesakitan, adalah satu fakta yang mendedahkan betapa juara lima kali, Brazil, telah jauh merosot.
Pemain sayap merangkap penyerang berjersi nombor 10 itu mendapati beberapa teriakan penaltinya tidak pun diendahkan sekalipun dengan penilaian video bantuan pengadil (VAR) semata-mata disebabkan reputasi buruknya kembali menghantuinya.
.jpg)
“Masalahnya dia sudah terlalu kerap merebahkan diri sepanjang kejohanan ini hingga menimbulkan persepsi dialah ‘budak yang seing berteriak serigala!’.
“Dia adalah musuh terburuk dirinya sendiri,” kata bekas bintang Australia, Craig Foster, kepada SBS sejurus Brazil disingkirkan dengan kekalahan 1-2 kepada Belgium dalam aksi suku akhir di Kazan, pada Jumaat.
“Itulah yang sebenarnya berlaku – dia telah ‘membunuh’ dirinya sendiri sepanjang Piala Dunia kali ini dan kesudahannya, turut membunuh pasukannya.”

Piala Dunia Russia 2018 berkisar kepada ikhtiar menebus maruah buat Brazil.
Selepas diaibkan dengan kekalahan 1-7 dalam separuh akhir kepada Jerman di laman sendiri, empat tahun lalu, 2018 menawarkan peluang untuk menghapuskan memori hitam itu.
Sejurus Jerman tersingkir di peringkat kumpulan, Brazil melonjak selaku pilihan hangat untuk tampil juara dan ia kelihatan seperti akan berlaku juga.
Tetapi, secara jujurnya, Brazil gagal memikat di Russia selepas ditunjukkan pintu keluar di peringkat suku akhir oleh Belgium yang menyerlahkan lebih keinginan, kesungguhan dan kelancaran tanpa cuba menipu atau menggunakan helah dan tipu-daya dalam usaha mencapai matlamat mereka.
Ia seolah-olah keadilan tertegak juga akhirnya buat Brazil yang tidak lagi dipercayai ramai peminat dan semakin tidak diendahkan pengadil – VAR tidak terkecuali.
Perlawanan dengan Belgium itu mendedahkan pengadil dari Serbia, Milorad Mazic, enggan langsung terpedaya. Beberapa kali dia mengarahkan Neymar agar bangun apabila dinafikan faul ke atasnya atau dijatuhkan pertahanan Belgium.
Kemudian, apabila Vincent Kompany dilihat melakukan kekasaran ke atas Gabriel Jesus dalam kotak penalti, Mazic enggan menganugerahkan sepakan penalti di sebalik merujuk kepada VAR.
Satu-ratunya rasional yang boleh diberikan ialah tipu-daya Neymar untuk menagih simpatinya jelas telah mempengaruhi keputusan pengadil itu untuk tidak memberikan sepakan berkenaan.
Maka, harus tidak silap untuk menyimpulkan bahawa Brazil telah menjadi mangsa gelagat Neymar yang memualkan – hingga seperti pemain itu – Selecao berguling-guling keluar daripada Piala Dunia Russia.
.jpg)
Daripada segi realitinya, sudah bertahun-tahun Brazil gagal benar-benar menepati Brazil yang kita semua jangkakan – sebuah pasukan yang hadir ke kejohanan Piala Dunia dengan skil dan sedikit keangkuhan yang mampu membuat dunia terpaku dengan kekaguman.
Istilah Brazil “jogo bonito” yang membawa maksud permainan cantik atau cara pasukan Brazil sepatutnya bermain, sudah lama mati.
Sebagai gantinya ialah lakonan keterlaluan Neymar yang kesudahannya tidak memikat sesiapa, malah merugikan pasukannya sendiri.