Kehilangan Francis Forkey Doe memaksa Pahang melakukan rombakan pada pertengahan musim.
Di sebalik nama Issey Nakajima yang hangat diuar-uarkan, bekas penyerang Kelantan, Austin Amutu, hadir dengan pakej kejutan untuk mengemudi jentera serangan Tok Gajah.
Langkah ini disifatkan sebagai pelik memandangkan Patrick Cruz dari Brazil semakin serasi di bahagian berkenaan untuk bergandingan sama ada dengan R. Kogileswaran, Mohamadou Sumareh mahupun Wan Zaharulnizam Wan Zakaria.
Bagaimanapun, ketua jurulatih, Dollah Salleh, memiliki percaturannya yang tersendiri memandangkan mereka masih dalam saingan Piala FA selain menduduki tangga ketiga Liga Super dan hampir pasti layak ke Piala Malaysia.
Duo import baru Pahang itu hanya memerlukan dua perlawanan untuk masing-masing memecah kebuntuan jaringan ketika Tok Gajah membelasah Kuala Lumpur 4-0 di Stadium Darulmakmur, tempoh hari.
Begitupun, baik Nakajima mahupun Amutu, aksi mereka masih jauh daripada meyakinkan peminat dan pergerakan mereka agak berkarat, namun situasi mereka dapat difahami.
Kali terakhir Nakajima bermain dalam perlawanan kompetitif adalah ketika mewakili Terengganu musim lalu manakala rekod Amutu bersama kelab terakhirnya, ES Zarzis, di Tunisia kurang menarik selepas diturunkan dalam 11 perlawanan dan gagal merobek sebarang gol.
Sehingga tertutupnya jendela perpindahan pada Isnin depan, mereka perlu terus berusaha keras menambat hati Dollah dan pihak pengurusan.
Dengan kelibat dua pemain ini, saya menjangkakan Tok Gajah akan lebih fokus untuk merampas kembali Piala FA dan Piala Malaysia sambil pentas Liga Super dijadikan medan untuk membentuk kombinasi jitu.
Kredit imej: Pahang FA