Isu kewangan yang kian mencengkam Liga Malaysia (Liga M) mungkin menjadi asas kepada persiapan pasukan pada musim depan.
Isu kewangan bukanlah baru dalam bola sepak Malaysia, khususnya membabitkan soal gaji dan ia terus berlarutan apabila beberapa pemain mula mendedahkan kepincangan pengurusan pasukan masing-masing.
Pulau Pinang antara pasukan yang berdepan masalah kewangan yang runcing berikutan kali terakhir pemain menerima gaji adalah pada Jun lepas. Ia suatu beban yang cukup besar untuk dipikul pemain yang sudah tentu punya tanggungjawab keluarga untuk dilunaskan.
Antara pasukan peringkat tinggi yang berhasrat menyandarkan harapan kepada khidmat muda pada musim depan adalah PKNS FC dan Felda United atas dasar ikat perut.
PKNS mungkin menggugurkan nama-nama besar termasuk pemain import dan menetapkan kriteria utama pemilihan muda adalah dalam kalangan mereka yang merupakan bekas produk Harimau A, B mahupun C.
Felda pula mempunyai bajet ketat sehingga memaksa ketua jurulatihnya, B. Sathianathan, untuk mengundurkan diri.
Namun, bukan kelab sahaja yang berdepan masalah ini kerana persatuan negeri turut berasakannya.
Begitupun, ia bukanlah petanda bola sepak tempatan tidak berkubur.
Barangkali, Liga M sedang menuju ke landskap yang baru menerusi kepercayaan terhadap pemain muda manakala dalam soal pemilihan import nanti, kecekapan mereka akan lebih teruji.
Kenal pasti pemain import yang benar-benar kualiti dan tidak perlu buang duit untuk menggantikan mereka dalam pertengahan musim.
Kelantan misalnya, sudah memperkenalkan langkah ini pada pertengahan musim ini bagi mengimbangi masalah kewangan mereka yang terjejas teruk.
Begitu juga dengan senario di sebuah lagi kem di utara, Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), yang mengumumkan Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Shafie sebagai presiden baru.
Ahli perniagaan itu berpengalaman luas dalam pembangunan bola sepak akar umbi wajar menerima pujian apabila sanggup mewarisi hutang lapuk dan sudah diselesaikan secara teratur.
Formula ini dilihat akan mengambil masa, namun sekiranya beberapa pasukan lagi mengetengahkan kaedah sama, maka saingan akan kembali terbuka atas keseimbangan kemampuan skuad.