Impian bola sepak Malaysia untuk beraksi di Piala Dunia mungkin boleh menjadi realiti.
Ini bukan angan-angan Mat Jenin, tetapi peluang yang hadir seperti memudahkan laluan untuk ke Piala Dunia Remaja B-17 di Peru tahun depan.
Seperti sedia maklum, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada kejohanan bola sepak Remaja AFC B-16 yang akan berlangsung September ini.
Kejohanan ini akan disertai semua pasukan terbaik di Asia, dengan Malaysia layak sebagai tuan rumah.
Ini merupakan penampilan kelima skuad negara dalam kejohanan ini, dimana pada edisi lepas kita hanya menamatkan saingan di peringkat kumpulan.
4 pasukan yang layak ke separuh akhir pada kejohanan ini, akan layak secara automatik ke Piala Dunia B-17 tahun depan.
Seperti sedia maklum, ini merupakan kumpulan awal yang lahir daripada Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) yang di kendalikan Lim Teong Kim.
Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) PPBN sudah pasti layak ke Piala Dunia Remaja, dan dengan beraksi di laman sendiri pada kejohanan remaja AFC pasti memberi kelebihan kepada skuad negara.
Cuma sedikit menyedihkan apabila skuad SSMP-AMD Cougars B-16 dan Panthers B-16 menarik diri
dari saingan Piala Belia tahun ini walaupun sudah beraksi lebih separuh saingan liga.
Alasan yang diberi, untuk memberi tumpuan penuh kepada kejohanan Remaja AFC B-16.
Bukan kah PPBN mempunyai kumpulan pemain yang ramai yang boleh diserapkan dalam pasukan ini?
Adakah pemain-pemain ini sahaja yang ada, yang menyebabkan mereka terpaksa menarik diri pada pertengahan musim?
Penulis faham, masih ada 2 pasukan dibawah PPBN iaitu SSBJ B-16 dan SSTMI B-17 yang masih beraksi di Piala Belia.
Cuma satu kerugian jika pendedahan perlawanan kompetitif tidak digunakan untuk para pemain muda ini, terutama pemain yang gagal masuk dalam pasukan utama PPBN.
Tapi mungkin keputusan ini sudah dibincangkan secara menyeluruh oleh pasukan teknikal PPBN dalam usaha layak ke Piala Dunia.
Semoga berjaya buat Teong Kim dan seluruh pasukan!