Ia satu hujung minggu yang aneh, bermula dengan pengumuman mengenai fasa baru Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin dengan memperkenalkan PKP Bersyarat (PKPB).
Reaksi itu mendapat tindak balas bercampur baur daripada masyarakat.
Kita tidak dapat lari dengan hakikat bahawa faktor ekonomi meletakkan manusia dalam keadaan berbelah bahagi dalam menentukan jatuh bangun sesebuah negara dan masa yang sama, soal kesihatan tidak boleh dijual beli.
Di Eropah pula, krisisnya lebih teruk misalnya di Sepanyol seperti yang dilaporkan worldometers.info.
Sungguhpun pandemik itu mula menampakkan penurunan kes, namun pada pandangan sebagai seorang rakyat Malaysia, ia tetap dianggap tinggi memandangkan semalam sahaja, kes positif membabitkan 2,588 orang dengan kes aktif adalah 74,234.
Kes kematian pula telah meragut 25,000.
Ia angka yang menakutkan tetapi Presiden Sepanyol, Pedro Sanchez, berharap bola sepak akan kembali bersambung meskipun tanpa kehadiran penyokong kelak.
Sementara itu, kejadian di Jerman adalah lebih aneh. Menerusi sumber yang sama, kes positif semalam adalah 890 orang dan angka itu dilihat mula stabil sejak pertengahan bulan lalu.
Cologne antara kelab yang sudah memulakan latihan dengan bersyarat. Sebagai langkah awal, semua pemain dan kakitangan kelab itu perlu menjalani ujian saringan.
Nah, hasilnya tiga individu didapati positif -- dipercayai terdiri daripada dua pemain dan seorang ahli fisioterapi.
Berita itu disahkan sendiri kelab, yang menghuni tangga ke-10 Bundesliga, di pelantar Twitter mereka.
Walaupun trio itu dikuarantin 14 hari, ia meletakkan pemain tengah kelahiran Belgium, Birger Verstraete, dalam kebingungan kerana aktiviti latihan masih lagi diteruskan.
Menurutnya, dia tidak dapat mengelak kontak dengan rakan sepasukan meskipun berlatih dalam kumpulan yang lebih kecil. Malah, kebarangkalian mereka terdedah kepada pakar fisioterapi juga besar kerana mereka pasti akan banyak berurusan.
Bekas ketua pasukan England, Wayne Rooney, pula sempat membidas Liga Perdana kerana menganggap pemain seperti tikus belanda apabila lambat menangguhkan liga yang boleh mendedahkan pemain kepada bahaya.
Di Amerika Selatan, sebuah negara yang menjadi kilang pemain berbakat dunia, Brazil, turut digantung sejak Mac lalu tetapi Rabu lalu, kerajaan wilayah Porto Alegre telah memberi lampu hijau untuk kelab-kelab mengadakan latihan.
Sebelum pengumuman itu dibuat, kes positif baru adalah 6,209 dengan 428 kematian.
Presiden Internacional, Marcelo Medeiro, menegaskan pemain yang enggan melaporkan diri boleh meletakkan jawatan, dalam erti kata lain, kontrak boleh terbatal.
Sekali lagi, isu kewangan menjadi asas kepada langkah itu berikutan industri penjualan pemain sangat besar ertinya bagi budaya dan ekonomi negara berkenaan.
Ia seakan-akan mengulangi nada bintang Manchester City, Kevin de Bryune, yang percaya Liga Perdana Inggeris (EPL) akan dilengkapkan atas alasan yang sama.
Kesihatan fizikal dan kesihatan ekonomi adalah asas untuk kehidupan seharian kita semua.
Tatkala kita masih belum pasti apakah ancamannya selepas ini disebabkan belum ada penemuan vaksin berhubung pandemik ini, marilah kita patuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelak penularan wabak ini.

"There are no special rules for #effzeh"
— 1. FC Cologne (@fckoeln_en) May 2, 2020
Our club doctor, Dr. Med. Paul Klein explains why the team doesn't have to go into quarantine, with whom that decision lies and how things move going forward ?? https://t.co/S7qXcJsbos
Nah, hasilnya tiga individu didapati positif -- dipercayai terdiri daripada dua pemain dan seorang ahli fisioterapi.
Berita itu disahkan sendiri kelab, yang menghuni tangga ke-10 Bundesliga, di pelantar Twitter mereka.
Walaupun trio itu dikuarantin 14 hari, ia meletakkan pemain tengah kelahiran Belgium, Birger Verstraete, dalam kebingungan kerana aktiviti latihan masih lagi diteruskan.
Menurutnya, dia tidak dapat mengelak kontak dengan rakan sepasukan meskipun berlatih dalam kumpulan yang lebih kecil. Malah, kebarangkalian mereka terdedah kepada pakar fisioterapi juga besar kerana mereka pasti akan banyak berurusan.
Bekas ketua pasukan England, Wayne Rooney, pula sempat membidas Liga Perdana kerana menganggap pemain seperti tikus belanda apabila lambat menangguhkan liga yang boleh mendedahkan pemain kepada bahaya.
Di Amerika Selatan, sebuah negara yang menjadi kilang pemain berbakat dunia, Brazil, turut digantung sejak Mac lalu tetapi Rabu lalu, kerajaan wilayah Porto Alegre telah memberi lampu hijau untuk kelab-kelab mengadakan latihan.
Sebelum pengumuman itu dibuat, kes positif baru adalah 6,209 dengan 428 kematian.
Presiden Internacional, Marcelo Medeiro, menegaskan pemain yang enggan melaporkan diri boleh meletakkan jawatan, dalam erti kata lain, kontrak boleh terbatal.
Inter informa retorno aos treinamentos: https://t.co/9v2wzTiF93 #VamoInter pic.twitter.com/cXfQX2Q3C9
— Sport Club Internacional (de ?) (@SCInternacional) May 1, 2020