Edisi ke-18 final Piala FA musim ini menemukan juara 2014, Pahang berdepanSelangor yang kali terakhir muncul juara pada musim 2009 ketika mereka dikendalikan K.Devan.
Di atas kertas, Pahang jelas sekali pilihan dengan barisan import dan tempatan yang cukup berpengalaman berbanding skuad Selangor musim ini yang dibarisi ramai tonggak muda dan kali pertama beraksi di pentas final sebuah kejohanan penting.
Pengendali Pahang, Dollah Salleh juga adalah seorang jurulatih berpengalaman yang turut mengendalikan Selangor muncul juara pada edisi 2005 serta sudah acapkali merasai bahang di pentas final.
Selangor kali ini ini turut dikendalikan jurulatih muda, Nazliazmi Nasir yang tetap berupaya membentuk barisan cukup ampuh untuk mara ke final dengan skuad muda.
Namun, keupayaan Selangor tidak boleh diperkecilkan apatah lagi pemain-pemain dan Nazliazmi sendiri mahu menghadiahkan kejuaraan Piala FA buat Presiden FAS yang baharu, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Raja Muda Selangor.
Selain daripada itu, Selangor ketika ini juga mempunyai rekod lebih baik dalam saingan Piala FA dan kerap kali muncul juara meskipun kadangkala turun dengan status pasukan bukan pilihan.
Selangor pernah muncul juara sebanyak lima kali sebelum ini, naib juara pula sebanyak dua kali manakala Pahang juara dua kali sebelum ini dan naib juara juga dua kali.
Apa yang pasti, Piala FA adalah peluang terbaik buat kedua-dua pasukan menamatkan saingan musim ini dengan sekurang-kurangnya satu kejuaraan, memandangkan Johor Darul Takzim (JDT) sukar dipintas di persada Liga Super manakala tiada jaminan kedua-dua pasukan mampu tampil ampuh di saingan Piala Malaysia pada penghujung musim.
Apa yang pasti, aksi di final kali ini berupaya menjelmakan aksi terbaik daripada kedua-dua pasukan dan kadangkala seorang tonggak muda mampu menjelmakan aksi di luar jangkaan.
Pada pengamatan penulis, di Pahang Nor Azam Azih berupaya menjadi pemain tersebut dan mampu menjadi pemain harapan di bahagian tengah yang membolehkan skuad Tok Gajah muncul juara.
Manakala bagi Selangor, penulis menjangkakan Syahmi Safari yang kini beraksi di bahagian tengah mampu menjadi sandaran Gergasi Merah menamatkan kemarau kejuaraan Piala FA selama sembilan tahun.
Secara peribadi, sudah pasti penulis mahu negeri kelahiran penulis iaitu Selangor meraih kejuaraan kali ini namun, penulis perlu akui hasil membuat liputan bersama skuad Pahang bahawa mereka adalah lawan cukup ampuh.
Bukan calang-calang pasukan mampu menyingkirkan JDT, namun Pahang berupaya melakukannya sebelum menewaskan skuad muda PKNP FC di separuh akhir untuk ke pentas final.
Sukar bagi penulis menentukan siapa akan muncul juara kali ini namun, penulis menjangkakan perlawanan akan terlerai dalam tempoh 90 minit.
Imej: Asiana