Peranan sebagai ahli sukan di peringkat antarabangsa memberi pengaruh yang cukup besar di kalangan masyarakat dunia dan ini menyaksikan Michael Jordan dan Lewis Hamilton antara dua bintang terkemuka yang terpanggil untuk menyatakan pendirian tentang ketidakadilan kematian seorang lelaki kulit hitam Amerika Syarikat, George Floyd yang masih mencetus fenomena luar biasa ketika ini.
Ketika ditanya BBC Sports minggu lalu, Michael Jordan berkongsi kekecewaannya tentang rasisme yang masih berlaku di Amerika Syarikat.
“Saya sangat sedih dan marah dengan apa yang berlaku. Saya dapat merasai keperitan dan kekecewaan yang dilalui semua. Saya menentang rasisme dan kekerasan terhadap orang kulit berwarna di negara ini.”
Bagi mengukuhkan sokongannya, Jordan yang masih memiliki pendapatan berpuluh juta dolar ini memberikan sumbangan sebanyak $100 juta kepada mereka yang memperjuangkan keadilan bangsa.
Ia adalah sumbangan legenda bola keranjang NBA ini bersama jenamanya, Jordan yang akan diagihkan kepada beberapa organisasi dalam memastikan rasisme dapat diperangi untuk tempoh 10 tahun mendatang.
Menurut Presiden Jenama Jordan, Craig Williams, pihaknya mengharapkan kerjasama orang ramai dan kerajaan untuk mendapatkan impak jangka panjang dalam usaha ini.
Kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Donald Trump dikutuk kerana gagal menangani isu rasisme baharu yang tercetus dari tindakan seorang pegawai polis yang kurang sensitif dengan keadaan pesalah yang ditekan dengan lutut di bahagian leher sehingga mati, 25 Mei lalu.
Walaupun beberapa pegawai polis yang terbabit telah pun dipecat, tindakan kerajaan menangani kumpulan yang melakukan protes ini mencetuskan kekecohan besar sehingga perintah darurat terpaksa diisytiharkan di beberapa kawasan.
Darah yang mewarnai jalanan dengan gas pemedih mata di udara menyaksikan Lewis Hamilton tidak dapat menahan diri untuk terus berkongsi rasa amarahnya menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman sosial.
Namun, apa yang menyayat hati, kisah di sebalik kehidupan yang dikongsikan satu-satunya pemandu kulit hitam Formula Satu (F1) ini.
“Ramai yang terkejut tetapi bagi kami ketidakadilan adalah perkara biasa. Bagi yang berkulit hitam, coklat atau seumpama dengannya, kami merasainya setiap hari. Seolah-olah kelahiran kami ini salah dan tidak layak, kami perlu berada dalam ketakutan kerana warna kulit kami.”
Apa yang ramai mungkin sudah lupa, pemandu jentera Mercedes dari Britain ini tidak lari dari menjadi mangsa perkauman oleh penyokong-penyokong F1, sukan yang didominasi orang kulit putih ini pada awal pembabitannya.
Hamilton pernah beberapa kali menyatakan serangan itu sebagai antara motivasi terbaiknya dalam perlumbaan dan sehingga menjengah usia 35 tahun pada Januari lalu, Hamilton sudah merekodkan enam kejuaraan dunia serta menantikan musim 2020 untuk disambung dari penangguhan akibat pandemik COVID-19 pada Julai ini bagi menyamai rekod kejuaraan sepanjang zaman milik legenda F1, Michael Schumacher.