Skip to main content

Rencana

MFL terpesona proposal "cotton candy"

kevin-ramalingam.jpg
Ada pengajaran yang perlu diterima Penganjur Liga Bola Sepak Malaysia, Malaysian Football League (MFL) berhubung isu Perlis.

Mau tidak mau MFL perlu mengaku mereka mudah terpesona dengan "proposal cotton candy" namun secara logik tidak dapat dipastikan dari mana datangnya sumber kewangan mereka.
Lebih parah dokumen kewangan yang sepatutnya di serahkan 15 Febuari lalu berganti dengan permohonan dapatkan tunggakan masa dan sekali lagi tabur janji intan berlian buat MFL & FAM.

Jika diberi muka lagi, jelaslah MFL tidak tegas menangani isu ini dan sekali lagi MFL terpaksa menahan panas di telinga menerusi lontaran kata netizen.

Bagi ahli lembaga pengarah MFL, Datuk Yusof Mahadi atas dasar kasihan dan demi kelangsungan bola sepak Perlis, proses ini diterima mudah sebelum ini

Itulah silap langkah mereka.

Hakikatnya Perlis masih lemas, ulasan ingin selamatkan Perlis dari terus karam hanya sekadar kata-kata indah semata mata.

"Apabila mereka bawa nama negeri dan bukan kelab ada soft spot yang membuatkan MFL rasa Perlis perlu diberi peluang".

"Tetapi bila dah jadi macam ni, sudah tiba masanya kami bertegas. Maaf PFA, kami bukan sarkas".

Advertisement

Must Watch Video