Persembahan yang tekal yang dipamerkan Lionel Messi sepanjang perlawanan pusingan kedua Liga Juara-juara Eropah (UCL}) bertemu Napoli di Stadium Camp Nou telah memberi impak yang besar atas kejayaan Barcelona menundukan Napoli (agg. 4-2) untuk layak ke peringkat seterusnya.
Bermula dengan formasi 4-3-3 bagi kedua-dua pasukan, ia telah mengambarkan bahawa kedua-dua pasukan ini akan bermain secara terbuka dan menyerang sebagaimana falsafah dan idealogi kedua-dua kelab itu.
Barcelona memulakan dengan garang apabila terus melancarkan serangan mengunakan kekuatan dibahagian midfield mereka.
Ivan Rakitic,Sergi Roberto dan Frenkie de Jong banyak memainkan peranan mereka untuk merencanakan corak serangan yang tersusun dengan banyak menyalurkan bola melalui hantaran pendek di luar kawasan penalti.
Kombinasi tiga pemain ini telah memberi banyak ruang kepada pemain pertahanan kiri dan kanan, iaitu Nelson Semedo dan Jordi Alba, untuk membantu serangan dengan larian-larian dari belakang dengan melakukan hantaran lintang.
Daripada gerakan-gerakan tersusun dan transisi yang pantas daripada bertahan kepada menyerang, Barcelona telah memberi tekanan pada benteng Napoli. Akhirnya pada minit ke-8, Barcelona berjaya mendahului melalui jaringan tadukan Clement Lenglet yang berpunca daripada sepakan sudut.
Selepas jaringan itu, Napoli cuba bangkit mengatur gerakan melalui hantaran-hantaran pendek dan lintang untuk mencari penyerang utama mereka, iaitu Lorenzo Insigne namun beberapa percubaan yang dilakukan Insigne berjaya disekat.
Tempo permainan yang konsisten berjaya dikekalkan oleh kedua-dua pasukan namun kombinasi antara pemain-pemain tengah dan penyerang Barcelona begitu sukar untuk disekat anak-anak buah Gennero Guttuso.
Akhirnya di pertengahan separuh masa pertama, Messi menambah derita Napoli apabila berjaya menjaringkan gol kedua Barcelona.
Di hujung separuh masa pertama, Messi terus menambah derita buat Napoli apabila beliau dijatuhkan di dalam kawasan penalti dan Suarez dengan mudah menyempurnakannya dan menjadikan kedudukan 3-0.

Pada masa tambahan separuh masa pertama juga, Napoli mendapatkan jaringan pertama melalui sepakan penalti Insigne (3-1).
Bersambung separuh masa kedua, Barcelona dan Napoli masih lagi berjaya mengekalkan tempo permainan mereka.
Barcelona dan Napoli banyak menggunakan kombinasi bahagian midfield dan penyerang mereka untuk melakukan serangan secara tersusun dengan hantaran-hantaran pendek dan lolos di celah-celah pemain namun tidak ada jaringan yang berjaya dilakukan sehinggalah perlawanan ditamatkan.
Barcelona akhirnya mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir dan akan bertemu dengan satu lagi gergasi Eropah, iaitu Bayern Munich pada 15 Ogos 2020