Ditemani bekas pemain No 1 skuasy kebangsaan, Azlan Iskandar, Power yang memiliki reputasi sebagai jurulatih paling muda membawa pasukan bobsleigh Great Britain pada 1980-an, menyenaraikan lapan unsur itu sebagai:
1.Kerjasama pemegang kepentingan seperti Majlis Olimpik Malaysia, agensi kerajaan dan persatuan kebangsaan untuk memahami misi dan visi sukan negara, termasuk penggiat paling utama – jurulatih, pengurusan dan atlet.
2.Sistem pengenal pastian bakat bertaraf dunia
3.Sistem pembangunan bertaraf duia membabitkan Majlis Sukan Negara (MSN), majlis sukan negeri, persatuan negeri dan daerah serta kementerian pelajaran
4.Juara keseluruhan di Sukan SEA 2017 disusuli pingat di Sukan Komanwel 2018, Sukan Asia 2019 dan Sukan Olimpik di Tokyo 2020.
5.Program elit Podium
6.Jurulatih bertaraf dunia
7.Sistem sokongan sains sukan, teknologi sukan bertaraf dunia daripada Institut Sukan Negara (ISN)
8.Persatuan Sukan Kebangsaan bertaraf dunia
Melihat kepada senarai Power, semua lapisan pelaksana dan pemikir harus menjadi ejen perubahan.
“Bertaraf dunia bukan sekadar memenangi pingat di peringkat Olimpik dan dunia,” kata Power. “Sebaliknya ia merangkumi etika kerja, cara berfikir dan sikap. Ia menuntut cara berfikir bertaraf tinggi dan profesional.”
Memiliki pengalaman bertugas di University of California, Sport UK, Sport England, Persatuan Bobsleigh Britain, Institut Sukan New Zealand, selain kelab bola sepak Aston Villa, Crystal Palace, West Ham, Norwich City dan Derby County, Power menekankan peri pentingnya anjakan paradigma ke arah menyempurnakan misi dan visi melahirkan eko sistem bertaraf dunia.
Power menjelaskan dalam rangka kerja prestasi tingginya bahawa jika seorang anak itu dibesarkan dan dibentuk oleh jiran sekampung, untuk membentuk pasukan dan atlet bertaraf dunia memerlukan visi, nilai dan matlamat yang sama.
Jika ekosistem itu sudah wujud, maka lima bidang utama dalam sukan prestasi tinggi iaitu kemahiran teknikal, kecergasan fizikal, taktik, kekuatan mental dan budaya prestasi tinggi lebih mudah dilaksanakan.
Apakah kita sudah ada ekosistem sedemikian?
Tepuk dada tanya selera.
Rizal Hashim
Mon Dec 14 2015