Penentuan sepakan penalti dalam permainan bola sepak merupakan momen paling menakutkan jika tiada pemenang dalam sesuatu perlawanan selepas berakhir 120 minit permainan.
Kadang-kala pasukan mana yang mengambil tendangan penalti dahulu, turut memainkan peranan dalam menentukan keputusan pada akhirnya.
Maka, tidak hairan jika ada sesetengah pihak menggangap penggiliran pengambil sepakan penalti tidak adil, terutama kepada pasukan pada giliran kedua.
Peraturan ketika ini menetapkan pengadil akan melambung syiling bagi menentukan siapa yang akan mengambil dahulu dan kedua-dua pasukan akan melakukan sepakan secara bergilir.
Kini, Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) akan memperkenalkan satu sistem sepakan penalti era baru, yang dipanggil ABBA, mirip kepada sistem ‘tie-break’ dalam permainan tenis.
Dalam sistem ini, sebagai contoh, pasukan A akan mengambil sepakan pertama, dan pasukan B akan mengambil sepakan kedua dan ketiga. Pasukan B akan meneruskan sepakan keempat dan kelima sehinggalah kedua-dua pasukan selesai mengambil kelima-lima sepakan.
Urutannya akan menjadi seperti berikut :
Sepakan pertama (Pasukan A & B), sepakan kedua (Pasukan B & A), sepakan ketiga (Pasukan A & B), sepakan keempat (Pasukan B & A) dan sepakan kelima (Pasukan A & B)
Ini bermakna kedua-dua pasukan akan merasai debaran mengambil sepakan penalti dalam giliran pertama dan kedua.
Pengadil masih akan melambung syiling bagi menetukan pasukan mana yang akan memulakan sepakan terlebih dahulu.
Sistem ini telah diluluskan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB)pada Mac, dan akan digunakan buat pertama kali dalam Kejohanan Eropah bawah 17 tahun yang sedang berlangsung ketika ini.
Berdasarkan penyelidikan, pasukan yang memulakan sepakan penalti mempunyai kelebihan dengan 60 peratus daripada keputusan penalti akan dimenangi oleh pasukan giliran pertama.
UEFA berkata, “Hipotesis menyaksikan pemain yang mengambil sepakan penalti giliran kedua berada dalam tekanan yang lebih besar daripada pemain giliran pertama.”
“Jika pasukan giliran pertama berjaya menyempurnakan sepakan penalti, kemungkinan untuk pasukan giliran kedua untuk kalah amat tinggi jika gagal meyempurnakannya, terutama selepas sepakan yang keempat.”
Sistem ini akan berkembang dan berkemungkinan akan turut dipakai dalam kejohanan besar jika ia menerima maklum balas yang baik daripada semua pihak.
Secara kasar, kita dapat melihat pola perubahan dalam peraturan bola sepak mungkin akan berterusan mengikut peredaran masa.
Sebelum ini, beberapa perubahan sudah dilakukan, antaranya penggunaan teknologi dalam menentukan keputusan seperti teknologi garisan gol dan video bantuan pengadil (VAR).
Malah, perlawanan separuh akhir Piala FA Inggeris di antara Arsenal dan Manchester City menyaksikan penggunaan buat pertama kali, pertukaran pemain keempat dilakukan selepas permainan berlanjutan ke masa tambahan.
Apa agaknya perubahan lain yang mungkin akan diperkenalkan? Sama-sama kita nantikan.