Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Liverpool tumbang di Istanbul

gala

Liverpool terpaksa akur tewas tipis 0-1 kepada Galatasaray dalam perlawanan pertama pusingan 16 terbaik, Liga Juara-Juara (UCL) 2025/26 di Rams Park, Istanbul, awal pagi tadi.

Jaringan tunggal daripada tandukan Mario Lemina yang menewaskan Giorgi Mamardashvili seawal minit ketujuh permainan memastikan pasukan dari Turkiye itu membawa bekalan tipis menjelang aksi timbal balik di Anfield pada Khamis depan nanti.

Advertisement

Victor Osimhen berpeluang menggandakan jaringan buat Galatasaray, namun jaringannya dinafikan selepas pengadil menyemak video bantuan pengadil (VAR).

 

 

 

Skuad kendalian Arne Slot giat mengasak kubu pertahanan pasukan tuan rumah untuk mencari jaringan penyamaan, namun tiada sebarang tambahan jaringan sehingga berakhir 90 minit masa permainan.

"Saya berasakan kami memulakan aksi dengan baik, malah lebih baik daripada tiga bulan lalu. Kami memiliki tiga atau empat peluang terbaik. Kami tidak dapat jaringkan gol.

"Saya tidak berasa kecewa tetapi itulah aspek yang kami perlu kami hadapi dan bertanggungjawab." kata jurulatih Liverpool, Arne Slot.

 

Must Watch Video