Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 akan berlangsung pada 22 hingga 31 Julai 2016 di Sarawak.
Bertemakan perpaduan dan kepelbagaian, dan berlogokan burung enggang, Kuching, Samarahan, Miri dan Sibu akan menjadi tuan rumah kepada para atlet muda dari pelbagai negeri.
Memori-memori manis saya sebagai atlet skuasy mewakili negeri bandaraya bersejarah, Melaka di SUKMA bermula di Sarawak pada tahun 1990.
Sebagai hos buat kali pertama, Sarawak memberi pengalaman yang sukar untuk dilupakan kepada para atlet terutama atlet dari Semenanjung Malaysia.
Masyarakat yang berbilang kaum, kepelbagaian makanan, tempat bersejarah dan kawasan persekitaran yang bergunung-ganang serta penuh kehijauan.
Selepas 26 tahun, Sarawak sekali lagi diberi kepercayaan menjadi tuan rumah SUKMA Ke 18.
Pengalaman di empat edisi dengan pingat emas di SUKMA Perak 1994, temasya ini sudah pasti platform terpenting dalam melonjakkan kerjaya saya sebagai
atlet skuasy profesional.
Kejohanan ini diadakan berselang-seli dengan Sukan SEA bagi tujuan mencungkil bakat-bakat baru atlet bawah 21 tahun yang berpotensi tinggi untuk mewakili negara.
Konsep Sukan Malaysia adalah untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu di kalangan masyarakat yang berbilang kaum sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
4443 atlit, 1250 pegawai, 392 pingat emas dalam 24 acara, Sarawak sudah bersedia.
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Kota Samarahan akan menjadi 'rumah' kepada komuniti SUKMA kali ini.
Dalam memburu kejuaraan keseluruhan buat kali keempat selepas tahun 1990, 1992 dan 1994, Sarawak sudah pasti akan menjadi lubuk Malaysia mencari juara-juara sukan negara.