Pengurus Liverpool, Arne Slot, mahu memastikan pasukannya kekal bersatu di sebalik kekalahan 0-4 di tangan Manchester City dalam aksi suku akhir Piala FA semalam.
Liverpool melewati perlawanan yang cukup mengecewakan apabila terpaksa menutup satu lagi perjalanan memburu gelaran apabila tewas kepada City di Stadium Etihad.
Advertisement
Hatrik Erling Haalang serta satu lagi gol daripada Antoine Semenyo cukup perit untuk ditelan buat Slot dan anak buahnya.
Selepas tamat perlawanan, Slot berkata, "Ia sangat mengecewakan, bukan sahaja cara kami tersingkir tetapi juga keputusan dan jaringan. Satu lagi kekecewaan besar buat kami.
"35 minit pertama adalah pasukan yang saya mahu lihat, tetapi selepas itu kami perlu bertahan dengan lebih baik," kata Slot.
"Satu-satunya perkara positif ialah kami tidak bolos lebih banyak. Kekalahan 0-4 sudah cukup buruk, tetapi jika lebih besar, ia akan jadi masalah lebih besar untuk kami," katanya.
"Kami sudah melalui banyak kekecewaan, tetapi itu sebahagian daripada bola sepak. Pemain perlu bangkit dan tunjukkan kualiti sebenar mereka."
Liverpool akan kembali berakhir pertengahan minggu ini bertemu Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi Liga Juara-Juara.