Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Chelsea pesta jaringan belasah Port Vale

Piala FA: Chelsea pesta jaringan belasah Port Vale

Kejayaan melakar kemenangan 7-0 Chelsea ke atas Port Vale dalam aksi suku akhir Piala FA diharap mampu titik kebangkitan selepas melalui tempoh sukar yang menjejaskan musim mereka.

Chelsea tidak menunggu lama untuk membuka jaringan apabila hanya memerlukan 64 saat untuk meraih gol pertama di Stamford Bridge menerusi Jorrel Hato.

Advertisement

Joao Pedro menggandakan kelebihan The Blues pada minit ke-25 sebelum jaringan sendiri Jordan Lawrence-Gabriel hasil percubaan Cole Palmer memastikan Chelsea mendahului 3-0 sebelum rehat.

Separuh masa kedua menyaksikan Tosin Adarabioyo dan Andrey Santos menambah dua lagi gol menerusi tandukan, sebelum Estevao dan Alejandro Garnacho melengkapkan kemenangan besar itu.

Chelsea kini menghuni tangga keenam liga dan bakal berdepan ujian lebih sukar menentang Manchester City minggu depan, ketika mereka berusaha meneruskan momentum positif dalam perebutan tempat ke kejohanan Eropah.

 

Must Watch Video