Reaksi kepulangan skuad Piala Thomas 2016 negara ke tanah air sudah boleh dijangka dengan ada yang ikhlas menawarkan dorongan, sementara segelintir terus mencari salah gagal ke pentas final.
Lumrah, memandangkan reputasi negara sebagai "the big four" di samping China, Indonesia dan Denmark serta sebagai naib juara kempen terdahulu di New Delhi India 2014.
Buat yang memberikan sokongan, teruskan, kerana itu yang diperlukan skuad negara dalam mencari ikhtiar belajar daripada kesilapan.
Percayalah disebalik kepincangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bukanlah badan induk yang selesa berpeluk tubuh dengan adanya Datuk Lee Chong Wei.
Kerana mereka sedar, walaupun terlewat, waktu Chong Wei menyelamatkan maruah badminton Malaysia akan berakhir tidak lama lagi.
Kepada yang sinis mengkritik, biarlah positif dalam berkata-kata kerana pandangan penyokong tanah air menjadi bahan baca dan halwa telinga pemain badminton negara, terutama barisan generasi akan datang.
Hairan apabila isu pemain Denmark berlatih dengan Kem Profesional Nusa Mahsuri diterajui legenda Datuk Misbun Sidek dicanang punca kejayaan negara Eropah itu menjulang Piala Thomas.
Ini sebenarnya isu lama, pemain daripada seluruh pelusuk dunia akan ambil peluang singgah ke kem Nusa Mahsuri.
Tetapi tidak bermakna badminton Malaysia langsung tidak menghargai jasa serta pengaruh bekas pemain negara.
Satu faktor yang saya setuju adalah keperluan skuad kebangsaan mengambil kesempatan memanfaat kudrat bekas pemain negara.
Hakikatnya, Malaysia memiliki himpunan bekas pemain berkualiti dengan pengalaman yang berupaya dikongsi menjadi inspirasi.
Kalau mahu darah yang wajar dianggap masih muda atau segar dengan kejayaan moden mengapa tidak khidmat seperti Wong Choong Hann jadi sandaran skuad perseorangan.
Lee Wan Wah juga mampu jadi tambahan tenaga untuk membantu Cheah Soon Kit membentuk beregu tonggak negara seperti mereka sebelum ini.
Kritik biar membantu,sokong perlu objektif,jangan sampai badminton Malaysia jadi bahan ketawa.