Skip to main content

Rencana

Masanya Sudah Tiba!

070915ongkimswee-jpg.jpg
Pernah dilantik selaku pengendali sementara pada awal 2014 selepas FAM tidak menyambung kontrak Datuk K. Rajagobal dan sepanjang tempoh empat bulan, Harimau Malaya tidak pernah tewas dalam tiga perlawanan.

Juga pernah berkhidmat sementara selepas jurulatih Dollah Salleh meletakkan jawatan dan  mengharungi baki kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019.

Atas faktor faktor diatas, Pasukan Petugas Khas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memilih Datuk Ong Kim Swee selaku ketua jurulatih skuad berkenaan secara tetap bagi tempoh dua tahun mengenepikan dua lagi calon Bojan Hodak dan Robert Alberts.

Kini, masanya sudah tiba! Walaupun ianya bukan tugas mudah untuk memenuhi sasaran dan KPI yang ditetapkan iaitu layak ke pusingan akhir Piala Asia 2019, memperbaiki ranking skuad kebangsaan dari tangga ke-171 ke 140 dunia dan menjuarai Piala AFF 2016 dalam tempoh 2 tahun, namun berilah peluang buat Datuk OKS membuktikan sesuatu kerana sekarang beliau berhak memilih pemain mengikut acuannya sendiri.


Biarpun segelintir pihak menganggap KPI yang diletakkan itu terlalu tinggi dan tidak realistik, namun pengendali kelahiran Melaka itu dilihat positif dan optimis dengan sasaran yang ingin dicapai. Cuma katanya, Harimau Malaya amat amat memerlukan perlawanan kompetitif yang banyak dan berharap memperoleh setiap kemenangan dengan perlawanan menentang pasukan berkelas A.

Diharap, acuan yang bakal dicipta Datuk OKS mampu kembali mengangkat martabat nama Malaysia di pentas bola sepak Asia sekurang-kurangnya, kerana setiap peminat sudah lama dahagakan kegarangan Harimau Malaya.

Advertisement

Must Watch Video