Tak puas bergasak di litar perlumbaan, sambung bergusti di rumah.
Semuanya sebab timbul rasa tidak puas hati dengan gaya tunggangan abang sendiri, dan layanan yang terlalu dimanjakan pasukan.
"Macam raja!" bentak sang adik, Alex Marquez, yang cemburu dengan apa yang dimiliki abangnya, Marc Marquez, yang ditatang bagaikan minyak yang penuh.
Mungkin itulah senario yang bakal kita saksikan tahun depan apabila juara dunia enam kali, Marquez, bergabung bersama adik kesayangannya, Alex, dalam kategori perdana MotoGP.
Selain daripada pelbagai 'wow factor' menjadi penyebab kepada tawaran lumayan Repsol Honda kepada Alex, mungkin ini juga mampu mencetus pelbagai drama adik-beradik.
Ia sangat berbeza dengan situasi sukan lain yang melibatkan pembabitan adik-beradik, kerana dalam perlumbaan MotoGP, kedua-duanya adalah pelumba di posisi sama, bukannya seorang pemain pertahanan dan seorang di posisi penyerang.
Alex, yang hanya muda tiga tahun berbanding abangnya itu, bertuah kerana dilahirkan menerusi lingkaran dunia perlumbaan motorsikal.
Bapanya, Julia Marquez, merupakan sukarelawan Moto Club Segre (penganjur acara perlumbaan
motocross berskala kecil) di daerah Cavera di Catalonia, Sepanyol.
Manakala ibunya, Roser Alenta, turut serta menjadi sukarelawan di kelab sama sebagai pembuat sandwich untuk pasukan yang bertanding.
Bermakna Marc dan Alex bukanlah mengikuti jejak langkah ibu bapanya sebagai pelumba, namun minat mula bercambah melalui pemerhatian, pergaulan dan juga persekitaran perlumbaan motosikal.
Marc terlebih dahulu diberikan motosikal oleh ayahnya ketika usianya baru mencecah empat tahun untuk berlumba!
Dan selepas itu, sejarah panjang terukir sehinggalah kedua-dua adik-beradik itu muncul juara dunia
serentak!
Tetapi Marc dan juga Alex tidak pernah beraksi bersama dalam apa jua kelas perlumbaan sejak dahulu lagi.
Justeru, pengumuman yang dilakukan pasukan Repsol Honda di Paris bakal mewujudkan satu fenomena baru dalam perlumbaan kelas perdana MotoGP.
Kita sering mendengar keluhan pelumba 'kedua' yang merajuk atau berkecil hati dengan layanan kelas kedua diberikan pasukan kepada mereka.
Dan itulah sebenarnya yang sering berlaku, pelumba utama selalunya diberikan perhatian bak raja!
Jadi kita tunggu dan lihat bagaimana Repsol Honda berdepan dan menyelesaikan masalah ini tahun depan.
Mungkin juga kita akan menyaksikan - Marc Marquez bergaduh dengan adiknya sendiri.