Itu persoalan yang timbul sebaik jurulatih kelahiran Australia itu dilantik selaku pengendali sementara skuad bawah 19 tahun negara.
Maloney mengisi kekosongan yang ditinggalkan Hodak selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM membuat keputusan tidak melanjutkan kontrak jurulatih kelahiran Croatia itu yang akan berakhir 31 Julai ini.
Dalam masa sama, Maloney kekal selaku penolong jurulatih bawah 23 tahun negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee selepas mengambil kira sumbangannya ketika membawa pasukan itu ke pusingan 16 terbaik Sukan Asia 2018 dan Kejohanan AFC Bawah 23 2018 serta meraih pingat perak Sukan SEA 2017.
Maloney akan memulakan tugas 1 Julai ini hingga akhir tahun dan ujian sulungnya adalah mengetuai skuad muda negara ke Kejohanan AFF Bawah 18 tahun di Vietnam dari 5 hingga 18 Ogos ini diikuti kempen Kelayakan AFC Bawah 19 2020 di Kemboja, 2 hingga 10 November.
Untuk rekod, skuad sama ketika dibawah kendalian Hodak sebelum ini muncul juara Kejohanan AFF Bawah 19 2018 dan layak ke Kejohanan AFC Bawah 19 2018.
Maloney yang sudah bersama FAM sejak 2014 bagaimanapun berdepan tugas sukar untuk melunaskan misi mempertahankan kejuaraan bagi kejohanan AFF selepas Malaysia diundi dalam kumpulan maut bersama tiga pasukan terkuat.
Selain juara lima kali, Thailand, Malaysia juga perlu berdepan juara empat kali, Australia yang kembali menyertai kejohanan itu tahun ini diikuti Vietnam selain Singapura dan Kemboja dalam kumpulan B.
Maloney bagaimanapun tidak menganggap situasi itu sebagai tekanan buat dirinya sebaliknya bekas pemain kebangsaan Australia ini tetap komited untuk membentuk skuad ampuh menjelang kejohanan itu berbekalkan pengalaman bersama Kim Swee dalam skuad bawah 23 tahun negara.
Jika itu keyakinan yang ada pada Maloney, sudah pasti skuad kendaliannya mampu menyinar dalam kejohanan itu nanti sekali gus mengulangi pencapaian Hodak yang muncul jurulatih pertama membawa skuad negara menjuarai kejohanan berkenaan, tahun lalu.
Akhir kata, semoga maju jaya buat Coach Brad!