Skip to main content

Rencana

Lumpuh tidak halang saya teruskan kehidupan seperti biasa

heriri.jpg
Itu yang dipegang oleh pemain tengah UKM FC, Helmi Hariri Ibrahim yang kini sudah disahkan lumpuh daripada paras pinggang hingga ke kaki selepas insiden terjatuh daripada pokok Disember tahun lalu.

Ia satu detik yang cukup pahit untuk pemain muda berusia 23 tahun ini apabila karier sebagai pemain bola sepak terkubur begitu sahaja kerana tidak boleh berjalan seperti biasa dan kini berkerusi roda. 

Saya tidak dapat bayangkan bagaimana seorang pemain muda sepertinya begitu kuat hadapi ujian besar seperti ini tatkala kariernya sedang meningkat untuk memulakan saingan Liga Perdana musim 2018.

Helmi sedar peluang untuknya kembali berjalan hanya tinggal 1% sahaja tetapi tetap anggap tidak mustahil dengan baki 1% itu mampu memberikan kembali senyuman kepadanya untuk terus percaya dirinya masih berpeluang untuk sembuh. 

“ Bila kali terakhir Helmi menangis apabila dapat tahu 99% lumpuh?” itu pertanyaan saya kepada Helmi.. 

“ Saya hanya menangis sekali sahaja ketika di hospital dan tekad untuk tidak lagi menangis dan mengeluh selepas ini “ Jawapannya cukup meruntun hati saya apabila anak muda yang masih lagi bergelar pelajar ini cukup kuat dan positif untuk harungi kehidupan. 

Nyata, apa yang berlaku kepadanya membuatkan diri ini lebih bersyukur diberi kesihatan sempurna dan Helmi sendiri mengharapkan kejadian yang menimpa dapat beri sinar kepada orang lain yang senasib dengannya untuk terus cekal. 

Karier sebagai pemain bola sepak tetap akan diingati Helmi sampai bila-bila walaupun jauh di sudut hati, dirinya terlalu rindu untuk beraksi. 

Sama-sama kita doakan Helmi terus kuat dan cekal pada masa akan datang !  

Advertisement

Must Watch Video